Harian Metro

Farhan kembali tersenyum

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Farhan Roslan yang menangis ketika terpaksa meninggalk­an padang sewaktu aksi Piala Malaysia Kedah menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, 18 Julai lalu, kini mampu tersenyum kembali apabila doktor mengesahka­n kecederaan­nya tidak serius.

Pemain sayap yang digelar Messi Kedah itu hanya perlu menjalani fisioterap­i untuk memulihkan kecederaan lutut kirinya serta dijangka dapat kembali beraksi tidak lama lagi.

Farhan, ketika dihubungi memberitah­u dia kini sudah mula menjalani latihan bersama Lang Merah namun belum bersedia diturunkan.

“Saya terkejut apabila dilanda kecederaan lagi selepas baru pulih. Saya menangis kerana sangka ia serius kerana tidak mampu meneruskan perlawanan selepas hanya 12 minit masuk menggantik­an Bad (Baddrol Bakhtiar).

“Saya takut jika kecederaan itu memerlukan pembedahan yang memerlukan rehat panjang serta terlepas peluang mewakili negara ke Sukan SEA bulan depan.

“Tapi, apabila pulang ke Alor Setar saya berasa lega apabila doktor mengesahka­n

(gambar)

kecederaan itu tidak serius, cuma perlu berehat serta jalani pemulihan,” kata Farhan.

Farhan sebelum ini terpaksa berehat hampir dua bulan serta terlepas aksi final Piala FA, Mei lalu akibat kecederaan sama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia