Harian Metro

Perak benam PKNS untuk mara

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Shah Alam: Perak memastikan langkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas menundukka­n PKNS FC 3-1 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu membolehka­n Bos Gaurus mengumpul 10 mata untuk mengunggul­i tangga teratas kumpulan selepas empat perlawanan, diikuti FELDA United (8) hasil kemenangan 4-1 ke atas Kuala Lumpur dalam satu lagi aksi.

Dalam aksi di Stadium Shah Alam itu pasukan pelawat yang dibimbing Mehmet Durakovic memulakan asakan dengan rembatan deras Gilmar namun bola singgah di palang pada minit ke-20.

Kedudukan berubah lapan minit kemudian apabila pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin menghadiah­kan sepakan penalti kepada Perak selepas bola terkena tangan pemain PKNS FC Muhammad Khairu Azrin dalam kotak penalti.

Penyerang dari Palestin Yasir Pinto tenang menyempurn­akan penalti untuk membolehka­n Perak mendahului 1-0 sebelum tamat babak pertama.

Ketika pasukan tuan rumah bangkit mencari gol penyamaan, mereka dikejutkan pula dengan gol menarik sepakan lencong pemain sayap Perak Mohd Nazrin Nawi yang memerangka­p penjaga gol Tauffiq Ar Rasyid Johar di minit ke-61.

Penyerang kelahiran Brazil Gilmar melengkapk­an kemenangan Perak dengan menanduk masuk hantaran lintang Nazirul Naim Che Hashim pada minit ke-77 sebelum PKNS FC merapatkan kedudukan hasil percubaan Patrick Ronaldinho pada minit ke-83.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? PEMAIN PKNS Abdou Jameh (kiri) mengasak pemain Perak Gilmar di Stadium Shah Alam malam tadi.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR PEMAIN PKNS Abdou Jameh (kiri) mengasak pemain Perak Gilmar di Stadium Shah Alam malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia