Harian Metro

Mencari tapak kukuh

-

Hannah sedar kerjaya seni baru bermula

tidak mahu terbabit cinta lokasi

Kisah cinta Aira dan Jemy dalam drama Mencintaim­u Mr. Photograph­er menjadi perhatian ramai.

Walaupun drama disiarkan di Astro Ria itu berakhir Khamis lalu, ramai yang masih dibuai emosi percintaan mereka.

Malah mereka inginkan terajunya, Hannah Delisha dan Syafiq Kyle menjadikan cerita cinta dalam drama itu satu kenyataan dan bukan sekadar dalam drama kerana kemesraan dan keserasian antara mereka.

Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch,

21, ketika ditemui pada sesi fotografi bersama Selebriti mengakui tidak terfikir untuk terbabit dalam cinta lokasi bersama pasangan lakonnya.

Katanya, setiap babak romantik dalam drama itu hanya sekadar lakonan dan gembira dengan reaksi penonton kerana itu membuktika­n dia berjaya melakonkan watak Aira.

“Saya hanya tersenyum apabila membaca komen pengikut di Instagram yang menyuruh bercinta dengan Syafiq. Saya langsung tidak terfikir untuk menjadikan kisah cinta di lokasi penggambar­an sebagai satu kenyataan.

“Saya sedar kerjaya seni saya baru bermula dan buat masa ini saya tidak mahu wujudnya cinta lokasi,” katanya.

Kata Hannah, Mencintaim­u Mr Photograph­er adalah peluang pertamanya memegang watak utama selepas menjayakan telefilem Spagetti Kuah Kacang sebagai pelakon pembantu.

“Saya gembira kerana penonton dapat menerima lakonan saya sebagai Aira. Saya yakin selepas ini apabila berganding dengan pelakon lain, situasi sama akan timbul.

“Tidak mustahil situasi sama akan timbul apabila saya digandingk­an dengan pelakon lain,” katanya.

Sebagai pelakon yang baru mula mencari tapak kukuh, Hannah tidak mahu terlalu cerewet dalam memilih karya tetapi dia perlu berhati-hati memilih karakter yang sesuai dan boleh direalisas­ikan.

“Walaupun ada tawaran menarik yang ditawarkan, saya akan meneliti karakter itu sebaik-baiknya sebelum memberi kata putus. Saya tidak akan sewenangwe­nangnya menerima hanya kerana ingin mengembang­kan kerjaya lakonan.

“Selepas Mencintaim­u Mr Photograph­er, ada beberapa tawaran yang datang tetapi saya masih belum putuskan yang mana satu. Buat masa ini tidak perlu saya bercerita lebih lanjut kerana belum ada kata putus. Saya hanya akan berkongsi apabila setiap projek sudah memulakan penggambar­an,” katanya.

Hannah menafikan dirinya terlalu cerewet memilih tawaran berlakon tetapi sedar dia masih baru dan banyak lagi yang perlu dipelajari.

“Saya tidak mahu hanya

 ?? FOTO: PAKAIAN: ??
FOTO: PAKAIAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia