Harian Metro

Penangan Kajol

-

Artis Bollywood datang Kuala Lumpur bukan asing lagi dan setiap kali mereka datang, sambutanny­a memang luar biasa.

Peminat dan media tidak pernah serik menanti ketibaan mereka walaupun terpaksa bersesak berjamjam dan hanya dapat bertemu beberapa minit saja.

Itulah penangan artis Bollywood, memang digilai ramai. Ada yang datang kerana penggambar­an filem di sini atau pun menghadiri festival filem dan kini sampaikan pelancaran produk pun panggil artis Bollywood.

Pada 7 Julai lalu,

Jalan Telawi Bangsar sesak dengan kehadiran peminat untuk melihat Kareena Kapoor, 36, dari dekat. Bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham itu diterbangk­an khas dari Mumbai sempena pembukaan Juiceco Malaysia.

Terbaru, Khamis lalu Jalan Masjid India sesak dengan kehadiran 2,000 peminat untuk bertemu Kajol Devgan, 42. Kalau hari-hari biasa sesak, apatah lagi pada hari menyambut ketibaan Kajol.

Bintang yang amat dikenali menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai itu singgah sehari saja di sini sempena promosi filem barunya, Velaiilla Pattadhari 2 (VIP2).

Pengedar filem itu,

Malik Streams Corporatio­n, menerbangk­an aktres itu ke ibu kota bersama pengarahny­a, Soundarya R Ashwin yang juga anak Rajinikant­h serta seorang lagi pelakonnya, Dhanush.

Mereka tiba di sini pagi Khamis dan dijadualka­n terus pulang ke Mumbai keesokan harinya.

Walaupun hanya sehari, padat jugalah jadual Kajol tetapi sempat singgah di Sri Pentas, Bandar Utama dan menjadi tetamu di konti

Hot FM sebelum ke Jalan Masjid India untuk bertemu peminat.

Ternyata lokasi dipilih penganjur memang tepat apabila seawal jam 4 petang lagi peminat dan media bertugas sudah menanti ketibaan Kajol.

Mereka sanggup berpanas dan berasakasa­k kerana mahu melihat dari dekat wajah bintang kesayangan mereka.

Rasa teruja melihat selebriti pujaan berada di depan mata membuatkan penonton tidak henti-henti menjerit melaungkan nama Kajol sebaik saja melihat kelibat Kajol.

Pengarah Urusan Malik Stream, Datuk Abdul

Malik Dasthigeer akui populariti Kajol dalam kalangan peminat filem Bollywood dan Tamil di sini mencetuska­n ilham kepada pihaknya untuk membawanya ke sini.

Bersandark­an sambutan terhadap filem pertama pada 2014, pihaknya yakin peminat filem Tamil dan Hindi akan menantikan tayangan VIP2 yang lebih menarik dan penuh dengan debaran.

Sebaik saja tiba jam 8.35 malam, peminat menjerit nama Kajol dan isteri pelakon Ajay Devgan ini dikawal rapi hingga naik ke pentas.

Biasanya kita sering dengar lagak diva artis Bollywood tetapi berbeza dengan Kajol. Agak mengejutka­n, Kajol ramah dan mesra melambaika­n tangan kepada peminat, berbeza dengan kehadirann­ya sebelum ini.

Dalam ucapannya,

Kajol meluahkan rasa gembira dan terharu dengan sambutan peminat terhadapny­a.

“Terima kasih di atas sokongan anda semua dan saya sangat terharu kerana sangat disayangi peminat Malaysia,” katanya.

Kajol juga akui tidak keberatan berlakon dalam produksi tempatan asalkan mendapat skrip yang bagus. Katanya, mengapa tidak dan dia tidak akan melepaskan peluang itu.

Kareena ketika di Bangsar baru-baru ini turut meluahkan rasa terujanya dapat kembali ke sini buat kali ketiga selepas pertama kalinya menjejakka­n kaki ke sini pada 2007.

Malah Kareena berharap sentiasa mendapat undangan untuk datang ke Malaysia pada masa akan datang. Dua tahun lalu Kareena datang merasmikan pelancaran kedai emas di Jalan Masjid India. Katanya, setiap kali datang ke sini, dia berasa seperti berada di rumah sendiri.

Mungkin aura ibu yang ada Kajol dan Kareena membuatkan dua artis popular ini cepat tersentuh melihat sambutan hebat peminat di sini.

Kareena baru lima bulan bergelar ibu kepada bayi comel diberi nama Taimur Ali Khan Pataudi dan layanannya itu disifatkan berbeza berbanding sebelum ini.

Sementara itu, filem VIP2 bakal ditayangka­n tidak lama lagi dan karya drama komedi ini adalah sekuel daripada filem yang dihasilkan pada 2014.

Ditayangka­n dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu, VIP2 adalah filem Tamil pertama lakonan Kajol selepas dua dekad.

Kali terakhir muncul dalam produksi Tamil pada 1997 menerusi filem Minsara Kanavu berganding dengan bintang terkenal dari selatan India, Arvind Swamy dan Prabhu Deva.

Ini juga kunjungan kedua Kajol ke sini selepas dua tahun lalu sempena pelancaran saluran baharu stesen televisyen.

Dilahirkan di Mumbai, India pada 5 Ogos 1974, Kajol mula berlakon pada 1992 menerusi filem Bekhudi dan mula meraih kejayaan 1993 melalui Baazigar.

Bintang Kajol terus bersinar apabila membintang­i satu demi satu filem, Yeh Dillagi (1994), Ishq (1997), Pyaar Kiya To Darna Kya (1998), Pyaar To Hona Hi Tha (1998) dan Hum Aapke Dil Mein Rehte Hain (1999).

Paling melonjakka­n namanya sudah tentu filem Kuch Kuch Hota Hai pada 1998. Watak Anjali, gadis tomboi bersama Shah Rukh Khan masih digilai peminat hingga kini.

Filem lain, Kabhi Khushi Kabhie Gham... (2001), My Name Is Khan (2010) dan Dilwale (2015).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia