Harian Metro

Eizlan jumpa bakal mentua

-

Kalau tak silap, minggu lalu ada keluar berita mengenai pelakon veteran kacak, Datuk Eizlan Yusof sudah terbuka pintu hati untuk mencari teman pengganti.

Yalah selepas beberapa tahun bergelar duda kacak, ramai yang ingin melihat pelakon itu mendirikan rumah tangga semula.

Cik Pang dapat tahu Eizlan sebenarnya sedang mengenali hati budi seorang gadis jelita yang berstatus pelajar universiti di luar negara. Betul ke?

Perkenalan mereka dikatakan bermula pada satu acara bukan hiburan. Kebetulan bapa gadis itu juga mengenali Eizlan atas urusan bisnes.

Kata sumber itu, hubungan mereka sudah berada dalam peringkat serius. Malah, Eizlan sudah bertemu dengan keluarga si gadis memohon restu untuk ke peringkat seterusnya.

Cik Pang sangat gembira dengan perkembang­an ini dan berharap sangat hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin. Pastinya semua peminat mendoakan hal sama.

Apa sekali pun, Cik Pang rasa lebih baik kita tunggu saja apa komen beliau mengenai hal ini. Manalah tahu cerita yang Cik Pang dengar itu hanya gosip manja semata-mata.

 ??  ?? EIZLAN Yusof
EIZLAN Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia