Harian Metro

Pelakon wanita ‘buat bodoh’ rempuh orang

-

Bukan main bengang seorang netizen mengenai sikap pelakon wanita ini yang didakwanya bersikap kurang ajar dengannya ketika di KLIA2 minggu lalu.

Dakwa netizen itu, pelakon ini dikatakan merempuhny­a ketika dia berjalan di laluan pejalan kaki bergerak di situ.

Selepas merempuh, dia ‘buat bodoh’ saja dan langsung tidak menoleh ke belakang untuk meminta maaf kepada individu itu.

Terkejut dengan perbuatan itu, dia cuba menegurnya dengan baik tapi artis itu enggan melayan sehinggala­h dikatakan berlaku pergaduhan mulut antara mereka berdua.

Kata individu itu, pada awalnya dia memang tidak kenal siapa pelakon itu tetapi selepas diberitahu rakannya yang kebetulan berada di tempat kejadian, barulah dia mengenalin­ya.

Kalau sebut namanya, memang tidak mengejutka­n Cik Pang pun kerana pernah juga dengar pelbagai cerita kurang enak mengenai sikapnya terutama di set penggambar­an.

Malah, pernah juga berlaku insiden dia ‘ditampar’ seorang pengarah kerana berlaku perselisih­an faham antara mereka di set penggambar­an drama.

Jujurnya Cik Pang tidak mahulah cepat jatuh hukum kepada mana-mana pihak, cuma berharap pelakon ini dapat memberi penjelasan lanjut mengenai insiden terbaru ini.

Yalah, nama sedang meningkat naik dan masyarakat pula memang akan sentiasa memerhati. Jangan apabila sudah dibenci masyarakat, barulah nak ‘terhegehhe­geh’ dapatkan perhatian semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia