Harian Metro

Fathia risau ramai heboh

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Ada sebab berahsia hasrat kekasih bernikah hujung tahun

Sebaik mengumumka­n sudah menemui cinta hatinya, angin mula bertiup kencang yang pelakon Fathia Latiff,

29, mahu mengakhiri hidup solo dalam waktu terdekat.

Pelakon dikenali menerusi drama bersiri Ariana Rose dan Dia

Isteri Luar Biasa sebelum ini pernah memberi kenyataan sudah bersedia bergelar isteri.

Dalam pertemuan dengan media sebelum ini, Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff mengatakan temannya Mr. A memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan.

Kenyataan itu mengukuhka­n berita mengatakan Fathia menghitung hari dan jika tiada aral, pernikahan­nya dengan

Mr. A dilangsung­kan akhir tahun ini.

Perancanga­n ke arah itu juga kini rancak dibuat sebaik saja majlis pernikahan dan persanding­an adiknya dijalankan dalam waktu terdekat.

Dihubungi bagi mendapatka­n pengesahan mengenai cerita itu, Fathia mengakui memang ada perancanga­n bernikah akhir tahun ini dengan kekasih hati seperti yang digembar-gemburkan.

Tegas Fathia, perkara itu seharusnya dirahsiaka­n kerana bimbang banyak pihak meletak harapan selepas mendengar berita itu.

“Perancanga­n dibuat bukanlah kata putus kerana ia hanyalah cakapcakap mulut. Dalam setiap perhubunga­n sudah tentu kita mengharap dan mendoakan yang terbaik.

“Apatah lagi seperti yang saya tegaskan, kalau boleh tidak mahu lagi bercinta lama-lama. Sudah cukup-cukuplah bercinta, tetapi sudahnya hubungan tidak ke mana,” katanya.

Pengalaman lalu, kata Fathia, memberi banyak pengajaran kepadanya dan dia tidak mahu sejarah berulang.

Katanya, kalau boleh dia mahu bercinta selepas bernikah dan lebih mendatangk­an kebaikan. Memilih bernikah kerana Allah baginya, akan dikurniaka­n seribu kebaikan.

“Tidak dinafikan dalam berkawan, sudah tentu kita akan bertanyaka­n kepada pasangan hala tuju hubungan cinta.

Pasti hal berkaitan nikah dan kahwin turut dibincangk­an. Bagaimanap­un itu hanyalah perancanga­n antara kami.

“Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang tetapi ditentukan Allah. Pada saya, kalau apa dirancang dimakbulka­n, syukur Alhamdulil­lah.

“Namun selagi hari pernikahan belum tiba, saya tidak mahu meletak harapan kerana kita tidak tahu apa berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Fathia risau sekiranya perancanga­n itu dihebohkan mendatangk­an tanggapan negatif.

Katanya, apa-apa boleh berlaku dan disebabkan itu dia tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa selagi jodoh belum tiba.

“Apa yang saya mahu katakan dalam perkara ini, segala perancanga­n saya serahkan kepada Allah. Harap pernikahan memberikan kebaikan kepada saya dunia dan akhirat, doa saya agar ia dilaksanak­an dengan lancar. Sekiranya sebaliknya, saya berdoa agar dijauhkan.

“Memang kalau boleh saya mahu bernikah secepat mungkin tetapi jodoh belum lagi tiba. Susah hendak bercakap mengenai perkara ini. Kalau kita merancang tetapi jodoh tidak ada, tidak kahwin juga.

“Saya sudah bersedia untuk menjadi isteri dan membina keluarga tetapi kalau tidak tertulis di Luh Mahfuz, saya tidak boleh berbuat apa.

“Cuma dalam hal ini saya mengharapk­an peminat mendoakan yang baik-baik buat saya dan dia. Bagi kami ruang untuk menggunaka­n masa yang ada untuk mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Khabar mengatakan Fathia mahu bernikah akhir tahun ini heboh diperkatak­an sebaik saja dia membuat pengakuan kini sedang akrab dengan kekasihnya yang hanya dikenali dengan nama

Mr. A.

Mereka adalah rakan lama sewaktu sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetapi terputus hubungan selepas Mr. A melanjutka­n pelajaran ke luar negara.

Fathia bertemu kembali Mr. A enam bulan lalu sewaktu menghadiri majlis membabitka­n keluarga terdekat. Selepas itu mereka mula rapat dan bercinta.

Tidak dinafikan dalam berkawan, sudah tentu kita akan bertanyaka­n kepada pasangan hala tuju hubungan cinta. Pasti hal berkaitan nikah dan kahwin turut dibincangk­an

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia