Harian Metro

Haim banyak ragam

-

“Ia datang daripada tiga wanita yang mempunyai pengalaman sendiri. Paling membanggak­an posisi bass jarang disedari orang ramai turut menjadi perhatian.

“Kakak saya pemain bass hebat. Setiap petikan gitar membuatkan orang ternganga dan rasa terpukau kerana muzik daripada gitar bass itu saja mampu meresap ke jiwa pendengar,” katanya.

Alana, anggota Haim paling muda, sering mencuri tumpuan ramai kerana sikapnya yang pantas menguasai pentas manakala Este dan Danielle kelihatan lebih tenang dan mampu mengawal keterujaan berada di pentas.

Bagaimanap­un, itu tidak bermakna Danielle dan Este tidak tahu bergembira ketika mengadakan persembaha­n tetapi disebabkan mereka lebih matang, dua kakak itu tidak mahu dilihat kebudak-budakan.

Jelas Este, perbezaan usia membuatkan cara mereka dan Alana berseronok berbeza. Dia dan Danielle membiarkan Alana terlebih dulu menggamatk­an suasana sementara mereka berdua hanya mengikut rentak.

“Sebagai kakak lebih tua, saya rasa biarlah Alana memeriahka­n suasana. Kami hanya berseronok di pentas mengikut rentak

Alana. Biarlah dia yang mulakan acara kerana dia masih muda.

“Bukan kami tidak tahu berseronok tetapi dengan usia lebih matang, sikap kami ketika berada di pentas juga harus sesuai dengan usia. Bagaimanap­un, ketika luar waktu bekerja, saya dan Danielle kadangkala bersikap keanak-anakan juga,” katanya.

Dalam pemilihan lagu pula, Danielle bertanggun­gjawab membuat senarai sebelum mereka sama-sama menyenarai pendek single yang dimuatkan dalam album.

Mereka akan menghasilk­an 50 lagu dan Danielle adalah yang pertama mendengar balik lagu-lagu berkenaan dan memilih single terbaik untuk album terbaru mereka.

Danielle akui mendengar balik semua lagu yang dihasilkan tugas sukar tetapi dia sangat menikmati masa bersendiri­an meneliti alunan lagu yang mereka hasilkan.

“Selepas membuat senarai itu, barulah saya panggil Este dan Alana untuk sama-sama membuat tapisan kedua. Kemudian saringan akhir adalah pemilihan lagu yang dimuatkan dalam album.

“Mereka sebenarnya membiarkan saya melakukan tugas yang berat sementara mereka boleh bercuti dan bersenang-lenang,” katanya.

Selain memilih lagu untuk dimuatkan dalam album mereka, Danielle juga akan memilih lagu-lagu yang akan dipersemba­han untuk konsert yang mereka adakan.

Namun adakalanya

Este dan Danielle berharap Alana tidak akan mencadangk­an sesuatu yang membuatkan mereka terpaksa berlatih sehingga waktu fajar dan mengganggu masa tidur.

Kata Danielle, Alana suka membuat kejutan. Walaupun senarai lagu untuk persembaha­n sudah disiapkan, dia sering mencadangk­an andai membuat lagu medley atau mengubah rentak lagu.

“Selalunya dia suka buat perangai seperti itu beberapa hari sebelum persembaha­n. Walaupun kami tidak bersetuju, Alana pandai memujuk hingga kami menurut saja cadanganny­a,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia