Harian Metro

Aneka makna

-

meskipun lagu ini belum dikeluarka­n sepenuhnya tetapi berjaya ‘trending’ menerusi Twitter selama beberapa hari.

Adik amat berterima kasih kepada sokongan diberi peminat. Terus terang, impak positif yang diterima itu benar-benar meniupkan semangat kepada adik untuk terus berusaha menghasilk­an lagu yang bagus.

Mendasari lagu itu dengan tema berbeza, adik sangat mengingink­an satu karya yang mempunyai material berskala besar, sekali gus mampu menaikkan semangat khalayak ketika mendengarn­ya.

Adik memang tak menduga lagu Mata berjaya dimuatkan dengan rangkuman bait lirik yang baik dan susunan muzik yang lebih terkini dan berkualiti.

Untuk pengetahua­n semua, lagu Mata juga menggambar­kan perjalanan hidup dan karier adik sebagai insan seni.

Sengaja adik memilih tema ‘semangat’ bagi lagu Mata kerana adik mahu pendengar lebih terkesan dengan lirik dimuatkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kehilangan semangat akibat daripada pelbagai kejadian yang pernah menimpa diri.

Adik percaya setiap daripada kita sudah ditakdirka­n Tuhan dengan perjalanan kehidupan penuh cabaran. Cuma sejauh mana kita mempunyai semangat juang dalam diri untuk bangkit dan mencapai kejayaan.

Terus terang, adik jelaskan lagu ini dicipta untuk insan yang sudah atau pernah jatuh, tetapi terus bangun untuk berjuang hingga mencapai kejayaan.

Adik mahu menunjukka­n bahawa setiap kejayaan yang hadir perlu datang dengan usaha gigih diri sendiri. Dalam soal ini, adik sendiri perlu menapak dalam industri seni bermula dari bawah dan hingga kini tidak pernah penat berusaha demi membina nama.

Alhamdulil­lah, dengan apa yang adik ada sekarang, ia datangnya daripada berkat usaha itu termasuk sokongan serta doa daripada keluarga, peminat dan teman yang tidak pernah putus.

Betapa untungnya diri ini apabila dikeliling­i ramai orang yang menyayangi adik. Mata ini menjadi saksi pada saat mereka bersusah payah dan berkorban untuk adik.

Apakah maksud di sebalik Mata? Simbol ‘mata’ itu mempunyai maksud tersirat dan berkait rapat dengan diri adik.

Mata juga adalah anugerah pemberian Tuhan. Biarlah apa orang nak kata mengenai logo ini asalkan adik tahu apa yang dilakukan dan kepercayaa­n yang kuat terhadap perancanga­n Allah SWT.

Sejujurnya, adik tidak takut dengan apa juga persepsi negatif segelintir pihak, adik percaya Allah sentiasa memberi bimbingan dan adik tidak sekali-kali melangkaui daripada apa yang sudah tertulis.

Mungkin pengkritik bebas dan ‘keyboard warrior’ boleh kaji sedalam-dalamnya sebelum beri komen. Salah cakap, malu padahnya.

Logo dan poster bukan sekadar suka-suka. Semuanya mempunyai maksud tertentu.

Kalau orang kaitkan adik dengan iluminati, perkara itu tak logik. Jika benar, pasti daripada awal pembabitan adik dalam industri hiburan, sudah adik selitkan unsur-unsur sedemikian rupa.

Semuanya tergantung pada interpreta­si sendiri. Apatah lagi cara pemikiran kita semua berbeza-beza.

Maksud utama Mata diertikan sebagai markah atau ‘point’ dalam sesuatu pertanding­an.

Mata juga boleh dijadikan inuendo dalam memberi gambaran terhadap pihak lawan supaya jangan terlalu selesa. Ini kerana mungkin orang yang sudah anda kalahkan itu sedang memerhati anda dan akan bangkit untuk kembali bertempur. Pernah terfikir, tak? Kutipan mata?

Disebabkan itu, adik turut dedikasika­n lagu Mata ini buat atlet negara yang bakal berjuang dalam Sukan SEA 2017 pada Ogos ini.

Setiap bait lirik lagu ini penuh makna dan memang ditujukan kepada pihak lawan. Kutipan mata diperlukan untuk mereka memenangi acara yang diwakili dan dipertandi­ngkan.

Mata juga digunakan untuk memerhati gerakgeri musuh serta peluang untuk menjatuhka­n pihak lawan.

Bagi adik, mata adalah aset penting bagi setiap manusia. Mata dapat melihat setiap jatuh bangun kita dan segala yang pernah terjadi.

Mata hati pula adalah benda yang paling penting dan berharga buat setiap insan. Jadi, marilah kita menghargai­nya.

Lagu Mata diterbitka­n Paranormal dan kini berada di seluruh platform digital terutamany­a iTunes, Spotify, Deezer, Joox & KKBOX sejak Jumaat lalu.

Video lirik lagu Mata juga sudah dimuat naik ke YouTube jam 9 malam, Jumaat lalu menerusi saluran Ayda Jebat. #BukanSeper­tiKau Sangka

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia