Harian Metro

Biar rumah nampak luas

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Pada era 1980-an, Razis Ismail , 57, antara penyanyi diminati ramai. Lagu Kepulangan dan Mawar Oh Mawar sangat diminati.

Razis atau Mohamed Ghazali Ismail boleh dikatakan memiliki ‘pakej lengkap’ sebagai selebriti. Razis juga tergolong dalam kelompok selebriti kacak dan sopan.

Selain menyanyi,

Razis juga mencuba bidang lakonan apabila membintang­i filem Mawar Merah di samping Raja Ema dan Allahyarha­m Mustafa Noor.

Apabila bertemu jodoh dengan Zuraini Zakaria, 52, dan kini dikurniaka­n lima cahaya mata, Razis kurang aktif dalam dunia seni.

Nama Razis kembali jadi perhatian selepas menyertai program Gegar Vaganza 3 (GV3), tahun lalu. Selebriti Metro Ahad berkunjung ke rumah Razis di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, barubaru ini, untuk berkongsi cita rasa pasangan ini menghias rumah untuk ruangan ini.

Kediaman rumah teres dua tingkat milik

Razis sangat damai dan menenangka­n. Susun atur perabot ringkas dan kemas membuatkan kediaman nampak luas dan mendamaika­n.

Kata Razis, walaupun urusan menghias rumah dilakukan isterinya tetapi mereka berbincang terlebih dulu dan sepakat memilih susun atur ringkas.

“Saya tidak gemar melihat bahagian dalam rumah disusun padat dengan pelbagai hiasan dan perabot. Saya sangat tenang dan selesa dengan susun atur yang ringkas dan paling utama ruang dalam rumah nampak luas.

“Selain itu, saya juga sukakan pilihan warna lembut seperti krim untuk dicat pada bahagian dinding rumah,” katanya.

Apa pun, Razis sangat bersyukur kerana dianugerah­kan isteri yang memahami cita rasanya dalam menghias rumah.

Tidak menggunaka­n khidmat pembantu rumah, ia membuatkan Razis lebih optimis untuk tidak bersikap cerewet.

Katanya, dengan keadaan ruang dalam rumah yang luas dan lapang semestinya susun atur dan tatarias ringkas adalah pilihan tepat.

Zuraini juga berkongsi sesuatu mengenai suaminya. Rupa-rupanya anak jati kelahiran Pulau Pinang ini pandai memasak.

Katanya, dalam urusan di rumah mereka berbahagi kerja dan Razis sangat gemar memasak berbanding menghias rumah.

“Biasanya segala urusan mengenai susun atur perabot dan tata rias semua ruang dalam rumah memang saya yang lakukan.

“Bagaimanap­un, dalam soal masakan abang Razis selalunya memasak menu enak untuk hidangan kami sekeluarga.

“Sebagai suami isteri, dalam urusan rumah tangga kami selesa saling bantumemba­ntu. Apatah lagi

Razis selesa dengan susun atur ringkas dan pilihan warna lembut

 ??  ?? KELUARGA Razis Ismail.
KELUARGA Razis Ismail.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia