Harian Metro

Peminat novel pasti puas

-

FILEM: Kau Yang Satu ARAHAN: Osman Ali PELAKON: Izara Aisyah, Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Zaidi Omar, Wan Hanafi Su, Rosnah Johari, Kodi Rasheed

GENRE: Drama

TAYANGAN: 27 Julai 2017 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Karya garapan Osman mempunyai ‘signature’ tersendiri; sinematogr­afi estetik, momen dan barisan pelakon yang mempunyai aura sendiri.

Malangnya, selepas kejayaan filem Ombak Rindu pada 2011, Osman seolah-olah tenggelam dalam beberapa filem arahannya selepas itu.

Drama dan romantisny­a seperti dipotong, disalin dan dilekat (cut, copy, paste). Tonton saja filem selepas Ombak Rindu seperti Pilot Cafe, Langit Cinta dan terbaru, Kau Yang Satu.

Premis serupa, terutama kisah malang watak perempuan yang sering menjadi mangsa lelaki ego sama ada watak itu protagonis atau antagonis. Kau Yang Satu juga tidak ketinggala­n menyuntik elemen sama. Sekali gus membuatkan penonton sudah ‘boleh baca’ apa akan berlaku pada babak-babak seterusnya.

Tidak dinafikan ia diangkat daripada novel popular tetapi sampai bila penonton akan terus disuap dengan drama sama?

Lebih menyedihka­n, dalam filem ini wujudnya pengulanga­n plot pada beberapa babak drama membabitka­n watak Salina (Izara) dan Taufik (Aaron).

‘Turning point’ untuk Salina menukar rasa sayang jadi benci dan berbalik ke sayang semula, terlalu mudah. Begitu juga pada watak peralihan emosi Taufik terhadap Salina. Pendek kata, ‘pusing-pusing di situ juga’!

Namun, lakonan Izara tidak mengecewak­an kerana dia berjaya mengemudi watak Salina ke peringkat emosi tersendiri. Tidak mustahil Izara mampu bersaing dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) akan datang.

Hal sama juga pada lakonan Hisyam Hamid yang bersifat santai sebagai Zul, biarpun karakter Zul juga mempunyai drama dan sisi romantis tersendiri.

Kehadiran pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su dan Zaidi Omar memberi rencah menarik pada penceritaa­n dua darjat berbeza.

Pemilihan Aaron untuk digandingk­an bersama Izara tepat sekiranya watak Taufik bukan anak orang kaya degil, kuat memberonta­k dan manja yang dipaksa kahwin dengan gadis kampung.

Jujurnya, Aaron nampak janggal di layar tatkala perlu membawa sikap itu. Satu lagi, Aaron terlalu dewasa untuk digandingk­an dengan Zaidi Omar dan Rosnah Johari untuk membina hubungan sebagai anak mereka.

Bagaimanap­un, tidak bermakna filem ini langsung gagal di pawagam kerana ia pasti bukan masalah buat peminat novel drama itu menghadam setiap penceritaa­n dalam Kau Yang Satu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia