Harian Metro

The Salesman penuh isi beremosi

-

Siapa yang pernah menonton karya Asghar Farhadi pasti sedar ia sering menyentuh mengenai hubungan suami isteri tetapi memberi impak besar buat penonton sinema.

Terbaru melalui The Salesman selepas kejayaan merangkul Oscar melalui A Separation beberapa tahun lalu. The Salesman mengimbau karya asalnya berjudul About Elly pada 2009. Tidak saja kerana menggunaka­n pelakon sama dalam filem kali ini, juga mengguna pakai tema yang hampir sama.

Kedua-dua genre itu meraikan tema moral, penghormat­an dan serba salah di dalam karakter yang terpaksa berdepan dengan situasi tertentu.

Babak pembukaan, penonton disajikan premis pentas di mana pementasan klasik, Death of a Salesman yang merupakan karya klasik Arthur Miller, sedang dihasilkan.

Ia dilihat sebagai tribut sang pengarah kepada beberapa karyanya sebelum ini dan sebagai tribut untuk memorinya kepada pementasan teater.

Emad (lakonan Shahab Hosseini) dalam produksi teater itu memegang watak Willy Loman, manakala isterinya, Rana (Taraneh Alidoosti) memainkan watak isteri Willy Loman bernama Linda.

Hal yang memberi inspirasi kepada penceritaa­n di antara

Emad dan Rana bukan berkaitan hubungan atau kematianny­a seperti dalam permainan teater karya Miller, sebailknya menyentuh isu karakter dan kebebasan. Idea sebeginila­h sering berlegarle­gar di dalam penceritaa­n The Salesman.

Farhadi bijak menghubung­kan cerita dalam pementasan dan filem dengan penuh emosi. Contohnya, persembaha­n Emad dan Rana di pentas mencermink­an karakter pemikiran mereka di luar pentas pada satu-satu masa.

Apabila Emad melontarka­n dialog permusuhan dalam babak bersama Babek (Babek Karimi) ketika pementasan, dia sebenarnya menuju rasa marahnya kepada rakan dan pasangan lakonannya.

Keangkuhan yang dilontar itu lebih efektif berbanding meletakkan beban terus pada penonton, sebab penonton sendiri faham apa yang membuatkan karakter bersikap begitu. Walaupun karakter itu ditonjolka­n dalam babak tertentu yang kita sendiri tidak perasan pada awalnya.

Strategi digunakan pengarah itu sampai ke tahap di mana pelbagai karakter cuba melindungi diri daripada hal sebenar yang dibimbangi akan diketahui ahli keluarga masing-masing.

Cerita Emad dan Rana bermula selepas mereka keluar dari rumah kerana bangunan itu mula retak. Secara sinisnya, ia adalah metafora mengenai hubungan antara mereka berdua. Namun, untuk tidak meletakkan hukum pada mana-mana watak, karakter mereka diberikan sisi baik tersendiri.

Bermula dengan beberapa babak santai pada setengah jam awal, The Salesman mula menyuntik elemen drama dan triler serta misteri. Terutama apabila babak kehilangan Rana dan Emad mula menyiasat.

Rumusannya, The Salesman menawarkan cerita yang penuh isi dengan sifat dan sikap, bahasa filem yang bijak dan sisi yang lebih dekat dengan emosi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia