Harian Metro

Hefny masih mencari jodoh

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Apabila berbicara mengenai cinta, tidak ramai lelaki memilih bersikap terbuka untuk berkongsi impian hidup berkeluarg­a.

Apatah lagi dengan persekitar­an kehidupan sebagai selebriti. Rataratany­a lebih gemar bermain tarik tali atau berteka-teki.

Bagi pengacara dan pelakon, Hefny Sahad,

29, tiada apa yang harus disembunyi­kan kerana dia sudah matang untuk berkongsi cerita.

Katanya, sebagai lelaki yang akan mencecah usia 30 tahun tidak lama lagi, dia mengaku sudah bersedia untuk membina rumah tangga. Bagaimanap­un, Hefny akui hingga kini dia belum bertemu calon sesuai.

“Mungkin agak sibuk dengan komitmen kerja hingga belum bertemu calon sesuai. Saya tidaklah begitu cerewet dalam menentukan kriteria ciri-ciri wanita yang menjadi idaman hati,” katanya.

Mengenai dirinya yang didakwa rapat dengan pelakon Uqasha Senrose, anak jati Johor ini berkata, mereka hanya berkawan saja.

“Kami memang tiada hubungan istimewa, hanya berkawan sebagai rakan sesama selebriti. Terus terang, untuk cinta saya belum bertemu calonnya lagi dan masih mencari. Saya harap akan dipertemuk­an calon sesuai,” katanya.

Meskipun sudah lali kerana perlu berhadapan dengan pertanyaan berkaitan jodoh, dia tidak terasa hati. Kata Hefny, setakat ini dia tiada masalah.

“Apabila orang bertanya, saya jawab sahaja masih solo kerana sampai sekarang belum bertemu calon lagi. Apapun, saya tidak nafikan ada kalanya berasa cemburu juga melihat rakan sebaya yang sudah mempunyai keluarga sendiri.

“Kehidupan mereka (rakan) lebih bahagia dan teratur kerana ada isteri serta anak yang sentiasa di sisi,” katanya.

Selesa bersikap positif terhadap jodohnya, Hefny berharap semoga impian hidup berkeluarg­a yang diinginkan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Hefny yang dicungkil bakatnya menerusi program On Air pada 2012, masih terikat sebagai pengacara Muzik-Muzik 32 (MM32) bersama Sherry Al-Hadad.

Katanya, seronok berganding dengan Sherry kerana wanita itu seorang pengacara berkaliber dan banyak idea. Jadi, sangat mudah untuk mereka mewujudkan keserasian ketika bekerja.

“Untuk perkembang­an karier seni, saya memang aktif berlakon dan mengacara. Cuma ada beberapa tawaran berlakon yang dalam pertimbang­an.

“Saya belum membuat sebarang keputusan untuk menerima atau tidak kerana ia tawaran secara lisan dan tiada hitam putih.

“Jadi, saya tidak mahulah berkongsi cerita lebih lanjut kerana belum pasti tawaran diperkatak­an itu dimiliki,” katanya.

Apa pun, buat masa sekarang Hefny juga sibuk menumpukan segala fokus pada latihan seni bela diri tinju. Katanya, dia perlu berlatih bersungguh-sungguh kerana akan mengikuti ujian mendapatka­n sijil sebagai jurulatih tinju.

“Saya dijangka akan mengikuti ujian khas itu pada Ogos ini. Memang saya gementar dan berharap semuanya berjalan lancar,” katanya.

Kata Hefny, dia memilih tinju kerana begitu meminati sukan itu dan kelebihann­ya sangat baik untuk kesihatan.

“Sukan lasak seperti tinju boleh membantu golongan bertubuh besar untuk menurunkan berat badan dengan kaedah berkesan.

“Berbanding zumba, latihan tinju juga sebenarnya sangat membantu golongan wanita yang mempunyai impian untuk tampil kurus dan sihat.

“Apa yang paling utama, ikut sesi jadual latihan tinju ditetapkan termasuk tegas menjaga rutin pemakanan harian,” katanya.

Pengacara Muzik-Muzik

32 tiada hubungan istimewa dengan Uqasha

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia