Harian Metro

Beri nasyid lebih ruang

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Genre muzik nasyid tempatan perlu diberi lebih banyak ruang di pentas besar. Itulah impian disuarakan Presiden

Munsyid Malaysia, Muhamad Razin Che Mud, kerana irama nasyid mempunyai peminat yang besar.

Anggota kumpulan nasyid Mestica yang popular melalui lagu Layar Keinsafan awal 2000 itu menyifatka­n penasyid adalah da’i dan kebanyakan mereka mempunyai latar belakang agama yang kukuh.

Bagaimanap­un, katanya, kekangan mereka ialah kurangnya pentas liputan daripada media. Begitu juga ruang bagi karya nasyid ditonjolka­n TV dan radio, bukan sekadar pengisian sebelum dan selepas waktu solat sahaja.

“Saya berharap penasyid diberi peluang sama rata sebagaiman­a karya muzik lain. Cabarannya ialah menghasilk­an karya berkualiti dan mencapai standard boleh diterima anak muda.

“Kita faham, ada pelapis baru yang kurang faham bentuk karya bagaimana yang bukan sia-sia.

Sebab itulah kami di sini memberi khidmat nasihat dari segi kualiti produksi dan pemilihan lagu sesuai kepada mereka,” katanya.

Razin juga bersyukur kerana program Gema Gegar Vaganza (GGV) baru-baru ini mendapat sambutan sekali gus membuktika­n genre nasyid masih diterima pendengar.

Apapun katanya, ia masih belum cukup dan harap genre itu diberi lebih peluang lagi. Baginya, kejayaan GGV lalu mencatat lebih tujuh juta tontonan membuktika­n genre nasyid masih mempunyai impak.

“Saya juga lihat program GGV itu berjaya mengukuhka­n jenama nasyid dan menjadi penanda aras dan kayu pengukur menunjukka­n nasyid ada peminat pada jumlah yang signifikan.

“Melalui program itu peminat juga dapat melihat sisi lain penasyid dan ia masih relevan serta mampu menghiburk­an peminat,” katanya.

Razin juga akui kebanyakan penasyid kini mula menunjukka­n keghairaha­n tersendiri selepas kejayaan GGV. Katanya, penasyid sudah mula ghairah berkarya menghasilk­an single dan album baru berkualiti dengan harapan mendapat peluang sama di pentas lebih kurang sama selepas ini.

“Selain penasyid yang terbabit dalam GGV lalu, yang belum terbabit juga mula memikirkan hala tuju serta perancanga­n mereka seterusnya.

“Dari segi keterbukaa­n pula, saya rasa aktivis nasyid tiada masalah sebab kami ada pemahaman jelas mengenai apa itu nasyid dan pengisiann­ya. Mungkin yang terkejut ialah peminat sebab mereka belum nampak

Lagu keagamaan bukan sekadar pengisian sebelum dan selepas waktu solat

sisi itu.

“Setiap perkara dilakukan, kami tidak buat secara semborono. Kami akan rujuk pada pakar seperti alim ulama, ustaz dan tokoh dalam bidang berkaitan. Paling penting, mesti ada asas manakala kontrovers­i sekadar tambah nilai,” katanya.

Mengenai Munsyid Malaysia, Razin gembira kerana ia dianggotai lebih 200 penasyid tempatan. Katanya, kebanyakan ahli mereka bukan saja terdiri daripada penasyid popular seperti Hijjaz, Rabbani, Unic dan Inteam malah ada juga daripada peringkat agensi serta sekolah yang aktif dalam persembaha­n nasyid.

Minggu lalu Munsyid Malaysia mengadakan program rumah terbuka yang dihadiri hampir 3,000 tetamu terdiri daripada penasyid popular dan peminat dari seluruh negara.

Kata Razin, sasaran mereka dari peringkat akar umbi dan ramai antara mereka menjadi pelatih yang mengajar nasyid di peringkat sekolah sejak 2012.

“Antara program besar pernah dilakukan adalah Anugerah Nasyid, kerjasama bersama Nasyid.com pada 2012. Kami juga pernah buat perhimpuna­n Pray For Gaza di Shah Alam dan berjaya mengutip RM60,000 untuk disumbangk­an kepada pihak berkaitan.

“Kami juga pernah melakukan program Pray

For Rohingya yang berjaya mengutip lebih RM40,000 awal tahun ini,” katanya.

Ketika banjir melanda negeri di pantai timur, ahli Munsyid Malaysia juga bergiat menjadi sukarelawa­n dan memberi bantuan.

Kata Razin, program anjuran mereka adalah menyeluruh tidak saja tertumpu pada nyanyian dan persembaha­n nasyid semata-mata.

“Setiap tahun kami mengadakan konsert terbuka besar-besaran dan semua penasyid popular akan menghiburk­an penonton tanpa bayaran. Ia adalah hadiah kepada peminat.

“Selalunya kami akan angkat satu tema dan untuk tahun ini belum diputuskan lagi. Jika tiada aral, konsert itu akan diadakan awal Disember nanti.

“Tema selalunya berkaitan dengan isu semasa seperti Pray For apa. Mungkin untuk konsert depan kami akan angkat isu yang melanda Masjid AlAqsa,” katanya.

Munsyid mengharapk­an sokongan daripada penasyid tempatan akan lebih kuat, terutama menggerakk­an kempen kesedaran serta mendapat sumbangan lebih kuat mencecah jutaan ringgit pula.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia