Harian Metro

Lakonan jadi keutamaan

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Peluang membintang­i filem tentunya dinantikan pelakon yang lebih dikenali menerusi drama TV, apatah lagi memegang watak utama.

Ia juga disifatkan sebagai penanda aras kepada perkembang­an kerjaya lakonan mereka ke peringkat yang lebih baik.

Bagi Dayana Roza yang dikenali melalui drama TV dan dilihat lama menyepi, tentunya peluang ke layar perak tidak akan disiasiaka­n.

Mula dikenali selepas menjayakan program

Anak Wayang pada 2009, Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 26, menjadi pilihan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk membintang­i filem Minah Motor yang ditayangka­n di pawagam pada Aidilfitri baru-baru ini.

Meskipun hanya mampu mengumpul kutipan hampir setengah juta, Dayana akui sangat bersyukur.

Katanya, dia sudah ber– usaha mempersemb­ahkan lakonan terbaik sebagai watak utama dalam filem itu.

Melakonkan watak Aminah, gadis lasak yang gemarkan motosikal,

Minah Motor disifatkan sebagai karya komedi ringan.

“Saya tidak kecewa dengan jumlah kutipan dicatat filem itu kerana tahu pelbagai dugaan harus dihadapi. Bukan mudah untuk filem itu mendapat tayangan di pawagam. Jadi, dengan jumlah hampir setengah juta yang berjaya dikumpul, saya bersyukur.

“Apapun, kini filem Minah Motor khabarnya sudah mendapat slot tayangan di saluran Astro First. Saya harap jumlah kutipan akan bertambah,” katanya.

Dayana akui sangat seronok mendapat peluang membintang­i karya menarik arahan Ahmad Idham yang turut membariska­n pelakon Cat Farish, Ariz Lufias, Octavia Melrose, Julia Hana dan

Aliff Yasraf.

Dari sisi karier pengacaraa­n juga, Dayana gembira kerana dapat ketengahka­n bakat sebagai hos program membabitka­n makanan.

Dayana baru-baru ini mendapat kepercayaa­n mengacarak­an program Top 5 Makan yang disiarkan di Hypp TV.

Mengenai pengalaman itu, anak jati kelahiran ibu kota ini akui dia seorang yang suka makan.

“Ketika mengacarak­an program Top 5 Makan, memang saya seronok kerana dapat menikmati pelbagai jenis makanan.

“Banyak restoran dan kedai makan saya kunjungi dan boleh dikatakan sajian disediakan memang sedap dan terbaik,” katanya.

Apa pun Dayana berkata, bidang lakonan tetap menjadi keutamaann­ya. Malah, dia kini sibuk dengan drama Seputih

Cinta Rangbulan sebanyak 50 episod.

Melakonkan watak utama sebagai Nadia dalam drama itu, Dayana digandingk­an dengan Fezrul Khan.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu diarahkan MP Roslin dan lokasi penggambar­an membabitka­n Johor Bahru.

“Syukur walaupun karier seni saya nampak seakan-akan sepi tetapi sebenarnya jadual berlakon masih padat. Malah untuk penggambar­an drama Seputih Cinta Rangbulan ini saja, ia dijangka siap sepenuhnya pada Oktober depan.

“Jadi, sekarang memang fokus saya pada drama ini sahaja kerana lebih mudah untuk mengurus masa dan komitmen.

“Apatah lagi jumlah episodnya juga banyak.

Jadi, rasanya tak mungkin saya boleh terima tawaran berlakon yang lain,” katanya.

Bagaimanap­un Dayana akui dia kini dalam tempoh cuti sakit selama satu minggu kerana baru menjalani pembedahan membuang apendiks pada Isnin lalu.

Katanya, akibat terlalu gemar makanan pedas membuatkan dia akur apabila disahkan mengalami apendiks secara tiba-tiba.

“Pada mulanya saya hanya menyangkak­an sekadar sakit perut biasa tetapi terkejut apabila doktor mengesahka­n saya sebenarnya mengalami apendiks.

“Selepas ini saya perlu lebih berhati-hati menjamah makanan dan elakkan makanan pedas. Apa yang saya alami itu cukup memberi iktibar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia