Harian Metro

SINOPSIS

- TV1 / 10.30 MALAM JOM: WAD 4 TV2 /2.05 PETANG SPICE OF INDIA: SAAMY TV3 / 12.30 TENGAH MALAM MALAY MOVIE: RATU CINTA TV9 / 10 MALAM SARANGHAE: LOVE FICTION ASTRO RIA / 11 PAGI JATUH CINTA BUTA ASTRO PRIMA / 12 TENGAH HARI HANTU GIGI

Noraini jururawat cantik molek yang bertugas di Wad 4 Hospital Batu Pahat, wad khusus untuk pesakit jantung, darah tinggi dan kolesterol. Antara pesakit di wad itu ialah Fuad, Pak Razak dan Pak Mat. Pak Mat susah hati dengan kerjanya dan asyik mahu balik. Dia juga sedih kerana tidak ada orang yang datang menziarahn­ya.

Pelakon: Saiful Apek, Sharol Shiro, Yassin, Ebby Yus, Wan Sharmila Saamy iaitu Timbalan Pesuruhjay­a Polis di Thirunelve­li, bandar di India selatan adalah pegawai yang lurus, cekap dan tegas. Dia berjaya mengawal kadar jenayah di bandar itu. Perumal Pitchay adalah ketua penjenayah yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik dan pentadbir bandar itu. Perumal juga mempunyai perniagaan yang tidak sah di sisi undang-undang.

Pelakon: Vikram, Trisha, Kota Srinivasa Rao, Vivek, Ramesh Khanna, Vijayakuma­r, Delhi Ganesh, Sumithra Tiada siapa sangka budak yang selalu comot dengan lumpur, berkubang dalam selut di sawah kini bergelar ratu cantik. Tahun 1990 adalah detik manis yang tidak dapat dilupakan Sheila apabila dia dimahkotak­an sebagai Ratu Cantik Malaysia.

Pelakon: Jasmin Hamid, Eizlan Yusof, Eira Syazira, Azma Aizal Yusoof Ku Joo Wol adalah penulis dan bekerja sambilan sebagai pelayan bar. Dia sedang menyiapkan novel keduanya tetapi tertangguh. Joo

Wol kemudian menemani presiden syarikat terbitanny­a ke Berlin untuk lawatan sebagai penterjema­h. Hari terakhir di Berlin, Joo Wol menghadiri satu majlis dan kerana sangat bosan, dia keluar menghisap rokok. Pada masa sama, Hee Jin lalu di sebelahnya dan Joo Wol jatuh cinta pandang pertama dengan Hee Jin.

Pelakon: Ha Jung Woo, Kong Hyo Jin, Ji Jin Hee, Lee Byung Joon, Jo Hee Bong, Yoo In Na, Kwak Do Won Zulin tidak pernah bercinta sedangkan Izlan pula duda. Nadya Ramansah memperkena­lkan mereka dalam satu pertemuan rahsia. Bagaimanak­ah percintaan antara mereka selepas pertemuan itu?

Pelakon: Zara Zya, Redza Rosli, Ruhanies, Ben Ali, Maya Matahari, Hanis Nabilah Sebuah kampung yang dulunya aman damai kecoh dengan gangguan hantu gigi. Aktiviti harian penduduk kampung terjejas dek ketakutan terhadap makhluk itu. Pelbagai cerita tersebar tetapi masih tidak dapat dipastikan kesahihann­ya. Penduduk saling tuduh-menuduh siapa yang bela hantu gigi berkenaan.

Pelakon: Elly Mazlein, Ku Fridah, Fauzi Nawawi, Ilya Buang, Gbob, Sharul Lumrah hidup manusia tak pernah cukup dengan satu. Sudah ada satu nak tambah dua, sudah ada dua nak lengkapkan jadi tiga pula.

Realitinya kisah ini terjadi dalam masyarakat kita apabila ada suami yang ingin menambah isteri. Namun, apa terjadi apabila isteri yang dinikahi ruparupany­a ada ikatan persaudara­an antara satu sama lain?

Pada masa sama, ketika perkahwina­n dengan isteri kedua, mereka sama-sama setuju tidak akan ada pernikahan kali ketiga atau harta suami secara keseluruha­nnya dibahagika­n sama rata kepada isteri-isterinya.

Begitulah kisah menarik yang ditampilka­n dalam telefilem Madu 3 Suku dijayakan Datuk Eizlan Yusof sebagai Haji Rahim berserta Jasmin Hamid, Puteri Najwa, Mardiana Alwi dan Man Raja Lawak.

Bakal mengisi slot Panggung Ahad siaran TV1 pada 6 Ogos jam 10.05 pagi, Madu 3 Suku mengisahka­n Haji Rahim berasa dirinya makin tersisih daripada perhatian dan kasih sayang dua isterinya.

Melati, isteri pertama sibuk berpersatu­an dan menguruska­n masalah orang lain manakala Kuntum, isteri kedua yang dinikahi dengan izin Melati, juga sibuk dengan perniagaan bakerinya dan berdepan dengan saingan niaga daripada Borhan, bekas suaminya.

Dalam satu percutian bersendiri­an untuk menghiburk­an hatinya, Haji Rahim bertemu dengan Seroja. Penampilan luaran Seroja yang riang, kelakar dan manja menarik hatinya.

Haji Rahim jatuh cinta lagi tetapi dia cuba mengawal diri hinggalah satu insiden menyelamat­kan Seroja daripada menjadi mangsa cemburu. Haji Rahim mahu berkahwin dengan Seroja tetapi yang menjadi penghalang ketika itu adalah janjinya pada Melati dan Kuntum.

Ketika Melati izinkan Haji Rahim berkahwin dengan Kuntum dan ketika Kuntum merelakan diri bermadu dengan sepupunya sendiri, mereka berdua menegaskan tidak ada madu lagi selepas itu.

Kalau Haji Rahim langgar janjinya, semua harta Haji Rahim akan jadi milik Melati dan Kuntum. Janji itu membuatkan Haji Rahim pening sendiri dalam menahan diri dan cintanya pada Seroja.

 ??  ??
 ??  ?? REDZA Rosli
REDZA Rosli
 ??  ?? JASMIN Hamid
JASMIN Hamid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia