Harian Metro

Evelyn intai Hollywood

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Gembira tugasan di seluruh dunia

buka peluang kembang kerjaya

Ramai memperkata­kan keberanian dan tuah dimiliki aktres India, Evelyn Sharma, 31, yang kini pada tahap kerjaya terbaik.

Pelakon dan model kelahiran Frankfurt, Jerman ini pernah bekerja dengan nama besar pembikin filem seperti David Dhavan, Rohan Sippy, Divya Khosla Kumar, Ayan Mukerji dan Imtiaz Ali menerusi karya Main Tera Hero, Nautanki Saala, Yaariyan, Yeh Jawaani

Hai Deewani dan terbaru, Jab Harry Met Sejal.

Apa yang mengejutka­n industri, Evelyn menjadi satu-satunya penggiat seni yang diundang menjadi jurucakap mengenai kepemimpin­an secara global dan kesatuan dalam program Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump’s National Prayer Breakfast in Washington DC.

Berulang-alik antara India dan Los Angeles, ramai beranggapa­n kekerapann­ya ke Amerika adalah untuk bertemu teman lelakinya. Bagaimanap­un, siapa sangka Evelyn sebenarnya menjalani penggambar­an di situ.

Menerusi laman sosial Instagram, dia memuat naik gambar dengan kenyataan dia seronok dapat membaca skrip di Los Angeles. Penggambar­an di situ dilihat sebagai permulaan untuk membuka lebih banyak peluang melebarkan karier di Hollywood.

Peminat membuat kesimpulan dia akan mengikut jejak Priyanka Chopra, Deepika Padukone dan Irfan Khan.

Evelyn akui dia juga mengintai peluang untuk mengembang­kan kerjayanya di Hollywood. Katanya, bukankah itu impian setiap pelakon mahupun anak seni?

“Saya gembira kerana kerjaya di India semakin kukuh tetapi cita-cita saya tidak hanya setakat itu. Saya tidak akan melepaskan peluang berlakon di Hollywood.

“Pada masa sama, saya juga tidak akan menolak tawaran daripada penggiat seni tempatan Bollywood,” katanya.

Bakal muncul dalam filem Jab Harry Met Sejal yang diterajui Shah Rukh Khan (SRK) dan Anuskha Sharma, tugasan memberinya peluang sering melawat tempat kelahirann­ya di Jerman.

Katanya, peminat filem di negara itu mengenali SRK dan Aishwarya Rai sahaja.

“Ketika ditawarkan berlakon dalam filem ini, saya terus terima apabila dimaklumka­n filem arahan pengarah Imtiaz ini dijayakan Shah Rukh Khan.

“Sebabnya sudah lama saya menyimpan anganangan untuk berlakon dengannya. Saya dibesarkan di Jerman dan Bollywood. Di sana, mereka hanya kenal SRK dan Aishwarya. Itu petanda nama keduadua selebriti ini sungguh besar dan gah.

“Saya gembira kerana berpeluang berlakon dengan SRK. Apatah lagi pengarahny­a juga berkaliber. Impian saya sudah tercapai,” katanya.

Evelyn juga gembira kerjaya lakonan juga membawanya terbang ke merata tempat dan melihat negara orang. Dia melancong ke seluruh pelosok dunia yang merupakan impian setiap orang.

Baru-baru ini, Evelyn berpeluang menyaksika­n persembaha­n opera di Hungary dan detik itu turut dikongsiny­a melalui Twitter.

Evelyn gembira kerana pada usia yang masih muda, banyak tempat dilawati. Evelyn sedia berkongsi tip serta tempat menarik yang dilawatiny­a.

Setiap pengalaman­nya melancong dikongsi menerusi blog dan gembira dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai.

“Saya membuka akaun blogspot semata-mata mahu memaklumka­n peminat mengenai pengalaman dan tempat menarik yang harus dilawati ketika berada di destinasi tempat saya bercuti.

“Selalunya apabila mempunyai pekerjaan di lokasi tertentu dan ia adalah lawatan pertama, saya akan terus bercuti selama dua atau tiga hari untuk pergi ke tempattemp­at menarik.

“Saya gembira pembaca blog mendapat manfaat dan boleh digunakan apabila bercadang ke tempat tersebut. Blog itu juga umpama diari perjalanan saya ke seluruh dunia,” katanya.

Saya gembira kerana berpeluang berlakon sama filem dengan SRK. Apatah lagi pengarahny­a

juga seorang yang berkaliber. Impian saya sudah

tercapai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia