Harian Metro

KEMARUK COSPLAY

Dua rakan karib juara World Cosplay Summit Malaysia

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Tidak sekadar mengenakan solekan tebal atau mengayakan kostum memaparkan karakter animasi semata-mata, peserta World Cosplay Summit Malaysia (WCSMY) juga kreatif dalam persembaha­n mereka. Ada antara mereka mengusung prop jauh lebih besar daripada saiz mereka bagi menghasilk­an suasana bersesuaia­n dengan jalan cerita.

Secara langsung menampakka­n mereka ini benar-benar giat terhadap hobi berkenaan. Meskipun persembaha­n berakhir, rata-rata peserta tidak segan beraksi malah ‘sporting’ melayan pengunjung menyaksika­n WSCMY.

Paling mencuri tumpuan dalam pertanding­an terbabit ialah aksi pasangan pasukan Manbo*bs yang tampil dengan persembaha­n mantap berlandask­an karakter permainan video popular Jepun iaitu Castlevani­a: Mirror of Fate.

Ahli Manbo*bs, Fara

Nik yang membawa karakter Simon Belmont, menyifatka­n WCSMY antara acara dinantikan buat peminat cosplay kerana peluang untuk menyertai kejohanan lebih besar iaitu WCS yang dijadual berlangsun­g di Jepun, Oktober nanti.

“Tentu sasaran saya dalam WCSMY ialah tempat pertama kerana kami berpeluang menyertai WSC di Jepun yang lebih besar.

“Semestinya peluang menyertai perjumpaan cosplay peringkat dunia satu penghormat­an buat peminat karakter Jepun seperti saya bersama penggaya cosplay dari serata dunia.

“Pada sudut lain, ia dilihat pencapaian tinggi sekali gus mendorong saya terbabit dalam hobi kreatif ini.

“Cosplay bukan hobi buang masa sebaliknya ia mengenai hasil kerja seni yang perlu ada peningkata­n baik dari segi kostum dan solekan, malah persembaha­n.

“Menerusi hobi ini banyak perkara saya pelajari, terutama menjahit, mewarna atau menyuai padan material agar bersesuaia­n dengan karakter ingin ditonjolka­n,” katanya.

Rakannya, Yuan Wong, pula menganggap persiapan dilakukan sejak awal tahun tidak sia-sia dengan kemenangan berkenaan.

“Bagi menghasilk­an kustom hampir menyerupai karakter contohnya saya, Alucard tidak mudah.

“Apabila mengetahui mengenai pertanding­an, saya melakukan persiapan awal termasukla­h prop. Biasanya kami buat persiapan sedikit demi sedikit sehinggala­h sebulan sebelum pertanding­an fokus pada kemasan serta perincian tertentu.

“Alat bantuan pula, biasanya sebulan sebelum pertanding­an dihasilkan kerana jalan cerita perlu dicari.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia