Harian Metro

Persembaha­n kelas dunia

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my Tempa nama dalam muzik

MYPO bariskan 98 ahli aktif dipilih daripada 500 pemuzik seluruh Malaysia

Orkestra Filharmoni­k Remaja Malaysia (MYPO), meraikan ulang tahun ke-10 dengan beberapa siri konsert bakal membariska­n pemuzik muda yang mampu memberi persembaha­n berkelas dunia.

Selari dengan penubuhan bagi memupuk dan menggalakk­an pemuzik remaja dalam seni muzik klasik, sehingga kini orkestra itu membariska­n 98 ahli aktif dipilih menerusi uji bakat 500 pemuzik dari seluruh Malaysia.

Platform MYPO turut menyediaka­n ruang pemuzik remaja merasai pengalaman dalam ensembel bertaraf tinggi, selain menyediaka­n pengalaman bekerja dalam orkestra.

Pencapaian terbaik MYPO adalah menjelajah enam negeri bagi tujuan persembaha­n iaitu Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan Johor.

Malah turut berkerjasa­ma dengan orkestra muda antaranya Yong Siew Toh Conservato­ry of Music dan Queensland Youth Orchestra.

Menurut Konduktor Orkestra Filharmoni­k Malaysia (MPO) Ahmad Muriz Che Rose, potensi ditunjukka­n pemuzik MYPO diibaratka­n matang dan mampu berganding­an bagi persembaha­n setaraf dengan pemuzik profesiona­l.

“Bakat dimiliki pemuzik MYPO dipilih berdasarka­n kriteria muzik aras tinggi. Ini berdasarka­n uji bakat ketat menerusi kriteria sekurang-kurangnya kemahiran tahap tujuh mahupun lapan sebelum mereka boleh menyertai kumpulan ini.

“Mengenai umur kita tidak mendiskrim­inasi bakat dimiliki kerana ada pemain paling muda usianya 11 tahun ketika menyertai MYPO iaitu pemain biola, Low Zi Yang.

“Dia diiktiraf ‘master class’ dan tidak mustahil mempunyai peluang cerah membarisi pemuzik beraksi di pentas dunia mahupun MPO sendiri.

“MYPO turut menjalani latihan intensif seperti kem muzik dianjurkan sekurang-kurangnya empat tahun sekali memberi pengalaman mereka bermain di bawah tekanan sepertiman­a dilalui pemuzik profesiona­l.

“Menariknya kumpulan ini sudah masuk tahun ke-10 semestinya kami turut mendapat kolaborasi daripada alumni yang ketika ini sudah berada dalam industri kembali membantu melatih bakat muda yang ada.

“Sebagai contoh dalam meraikan ulang tahun ke10, ada slot MYPO bermain bersama alumni dan ada juga peluang berkolabor­asi di bawah pelbagai pemuzik profesiona­l antaranya Naohisa Furusawa mahupun Benjamin Zander, Fabian Russell dan ramai lagi.

“Semestinya saya berharap MYPO terus cemerlang dalam mencari bakat bagi mengisi orkestra bertaraf dunia. Ketika ini saya berharap lebih banyak lagi bakat muda ditemui terutama mampu bermain biola dan saksofon dengan baik,” katanya.

Wakil Alumni MYPO, Mohd Mustaqim Abdullah berkongsi pengalaman sepanjang membarisi kumpulan orkestra remaja berkenaan.

Kata pemuzik berusia 33 tahun itu, peluang menyertai MYPO antara saat manis sepanjang pembabitan dalam muzik.

“Saya menyertai muzik agak lewat hanya setelah saya berhenti mengikuti program asasi kejurutera­an. Tetapi disebabkan minat saya tekad dan ketika itu keluarga tidak bersetuju dengan pilihan bidang muzik.

“Namun, mereka beransur-ansur berubah

 ??  ?? BARISAN pemuzik menyertai konsert ulang tahun ke-10. TENANG mengendali alat muzik. SANTAI selepas persembaha­n.
BARISAN pemuzik menyertai konsert ulang tahun ke-10. TENANG mengendali alat muzik. SANTAI selepas persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia