Harian Metro

DRC rentap semangat

Laluan sempit, tanah merah, kerikil, berbukit, kawasan curam berbatu selain anak sungai cukup untuk patah ego pelumba

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Mencabar, tercabar dan dicabar. Itu tiga perkataan paling tepat bagi menggambar­kan perlumbaan basikal lasak Dusun Rasau Challenge (DRC) 2017 yang berlangsun­g di Behrang Hulu, Perak minggu lalu.

Mana tidaknya, menerusi DRC, peserta tidak sekadar bergelut dengan keupayaan diri dalam aspek mental serta fizikal, sebaliknya terpaksa bersaing bersama peserta lain menerusi halangan yang cukup mencabar.

Boleh dikatakan, dalam perlumbaan ini, pengalaman saja tidak mencukupi, sebaliknya setiap pelumba perlu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mengekalka­n momentum selain perlu kekal fokus.

Dianjurkan oleh Perak Agro Corporatio­n Sdn

Bhd (PEGRO) iaitu anak syarikat milik Perbadanan Pembanguna­n Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dengan kerjasama X Camp Ipoh, DRC dipecahkan kepada dua konsep perlumbaan iaitu Jambori Cross-Country Marathon (XCM) sejauh 38 kilometer (km) dan perlumbaan CrossCount­ry Olympic (XCO) sejauh 6km.

Diadakan di Ladang Dusun Rasau Perdana, Behrang Hulu sebagai medan menguji kemampuan, perlumbaan dimulakan dengan kategori Jambori XCM dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman sekitar jam 8 pagi.

Menerusi XCM, seramai 451 peserta bersaing menerusi enam kategori bagi menawan trek yang terdiri daripada laluan sempit, tanah merah, kerikil, berbukit, kawasan curam berbatu selain anak sungai yang cukup untuk mematahkan ego sesiapa saja.

Halangan mencabar di laluan berbukit itu mampu meleburkan semangat sesiapa saja yang kurang stamina, manakala sebaik menempuh kawasan anak sungai pilihan yang ada adalah dengan mengusung atau memikul basikal.

Bagi yang tidak cukup ‘kental’, halangan itu pasti mengganggu rentak kayuhan seterusnya menjadikan mereka hilang fokus.

Sementara itu, dalam perlumbaan XCO, seramai 47 peserta berentap dalam empat kategori bagi membuktika­n kemampuan

dalam aspek kawalan dan pengendali­an berbasikal.

Dalam perlumbaan XCO peserta perlu mencatatka­n masa terpantas bagi menakluk trek sepanjang dua kilometer yang perlu diulang sebanyak tiga pusingan.

Menerusi perlumbaan ini, setiap trek memberikan tahap kesukaran berbeza terdiri daripada laluan mendaki serta menuruni berbukit yang curam, melintasi trek sempit di celah pokok, anak sungai dan laluan berbatu kerikil.

Biarpun jarak keseluruha­n yang perlu ditempoh peserta adalah sehingga 6km, ia bukan sesuatu yang mudah berikutan halangan yang ada sudah cukup membuatkan peserta hilang semangat. Hanya yang bersemanga­t waja dan fokus saja mampu mempamerka­n aksi terbaik.

Sementara itu, Pengarah Acara Dusun Rasau Challenge 2017, Amin Jay berkata, perlumbaan lasak yang julung kali diadakan itu bertujuan mempromosi­kan Ladang Dusun Rasau Perdana.

Katanya, keunikan muka bumi kawasan

Ladang Dusun Rasau yang memberikan cabaran berbeza membolehka­n peminat sukan basikal lasak menguji kemahiran masingmasi­ng.

“Keunikan Ladang Dusun Rasau ini memang sesuai bagi peminat sukan basikal lasak selain aktiviti riadah kerana cabaran semula jadinya membolehka­n peminat sukan berbasikal mengasah lagi teknik berbasikal mereka.

“Bagi saya, berkayuh secara santai atau berlumba, ia pasti akan memberikan pengalaman istimewa,” katanya.

Menurut Amin, selain itu penganjura­n DRC juga sebagai langkah mempromosi­kan produk PEGRO yang dikeluarka­n oleh PPPNP.

“Kami berharap perlumbaan basikal lasak ini akan dijadikan acara tahunan di Dusun Rasau dan sebagai cara memeriahka­n lagi arena sukan basikal lasak tempatan,” katanya.

Dalam perlumbaan itu, sebanyak RM20,000 wang tunai ditawarkan selain cenderahat­i dan hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM15,000.

 ??  ?? PELUMBA kategori XCM mengaminka­n bacaan doa sebelum
berentap. JUARA bagi kategori Wanita Terbuka.
PELUMBA kategori XCM mengaminka­n bacaan doa sebelum berentap. JUARA bagi kategori Wanita Terbuka.
 ??  ?? GELAGAT peserta terpaksa menolak basikal ketika meredah anak sungai.
GELAGAT peserta terpaksa menolak basikal ketika meredah anak sungai.
 ??  ?? JUARA bagi kategori Lelaki Terbuka.
JUARA bagi kategori Lelaki Terbuka.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA laluan lasak berbatu yang ditempuh peserta.
ANTARA laluan lasak berbatu yang ditempuh peserta.
 ??  ?? HALANGAN menyelit di laluan sempit bagi kategori XCO.
HALANGAN menyelit di laluan sempit bagi kategori XCO.
 ??  ?? LALUAN mendaki yang menjadi antara cabaran berat buat pelumba XCM.
LALUAN mendaki yang menjadi antara cabaran berat buat pelumba XCM.
 ??  ?? TREK tanah merah yang memberikan pemandanga­n luar biasa
Ladang Dusun Rasau.
TREK tanah merah yang memberikan pemandanga­n luar biasa Ladang Dusun Rasau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia