Harian Metro

Irina tak jemu makan laksa

-

yakin dan optimis untuk meneroka serta menimba pengalaman baru di tempat asing.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Pastinya perbezaan gaya hidup dan mentaliti antara dua budaya memberi sedikit cabaran buat saya.

Kehidupan di Malaysia jauh lebih relaks (tenang) dan tidak terlalu tertekan.

Oleh kerana saya memiliki ramai teman yang juga orang tempatan, saya tidak mempunyai masalah untuk berkomunik­asi.

4. Memori menarik sepanjang berada di Malaysia?

Saya sangat gemar melancong dan Malaysia memberi banyak pilihan destinasi percutian untuk saya menikmati keseronoka­n.

Banyak lokasi yang boleh dikunjungi di Malaysia dan semuanya sangat menarik.

Kedudukan

Malaysia yang strategik membolehka­n saya bercuti di pelbagai pulau di sini, selain terbang ke negara jiran.

5. Destinasi pilihan anda?

Pulau Tioman kerana kecantikan pantai dan kejernihan lautnya.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Laksa! Setiap hari saya menjamu laksa.

Saya juga menggemari rendang daging lembu dan ayam.

7. Malaysia pada mata anda?

Saya cintakan Malaysia dan banyak perkara baru ingin saya pelajari.

 ??  ?? MALAYSIA negara tepat untuk membina
keluarga.
MALAYSIA negara tepat untuk membina keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia