Harian Metro

Eksklusif 209 unit

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Hanya 209 unit saja dihasilkan di seluruh dunia, LaFerrari Aperta hanya dijual kepada pelanggan setia Ferrari bersempena sambutan ulang tahun ke-70 jenama itu.

Dijana enjin 6,262cc

V12, ia adalah model hibrid pertama Ferrari yang mampu menghasilk­an 963 kuasa kuda pada 120kW dengan motor elektrik mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer (km/j) dalam tempoh tiga saat.

Menggunaka­n sepenuhnya kepakaran teknologi Formula Satu (F1) bersama sistem KERS yang dipadankan dengan tork tinggi pada rev rendah untuk pembakaran optimum mampu menghasilk­an sehingga 900Nm.

Ketua Pegawai Operasi Naza Italia Farid Sulaiman berkata, sebagai pengimport dan pengedar rasmi

Ferrari, ini adalah satu penghormat­an kepada Malaysia antara negara yang ditawarkan model ikonik ini.

“Model ini khas buat pelanggan setia dan hanya boleh dimiliki jika mempunyai enam unit kereta Ferrari ke atas. Mereka akan menerima jemputan untuk dipertimba­ngkan pembelian LaFerrari

Aperta ini,” katanya pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ciri istimewa versi spider ini didatangka­n dengan casis aerodinami­k dengan pintu rama-rama dan rekaan yang lebih rendah tanpa bumbung seperti protaip model 330 P4 pada akhir 1960-an.

Transmisi tujuh kelajuan DCT dengan suspensi hadapan dan belakang daripada double wishbones dan multilink serta brek karbon seramik daripada Brembo antara yang terdapat pada model ini.

Kelajuan maksimum model ini mampu mencecah 350km/j dan ia tetap menawarkan kepuasan memandu hasil kejurutera­an Ferrari yang dihasilkan di Maranello, Itali termasuk perisian kawalan kuasa untuk lebih efisien.

Model ini dijual pada harga bermula daripada RM6.8 juta dan dua pembeli dari negara ini berjaya mendapatka­nnya serta bakal menerima model ikonik ini pada awal tahun hadapan.

 ??  ?? EDISI terhad sempena ulang tahun ke-70 Ferrari.
EDISI terhad sempena ulang tahun ke-70 Ferrari.
 ??  ?? GAYA dan elemen F1 pada roda stereng dan pemanduan.
GAYA dan elemen F1 pada roda stereng dan pemanduan.
 ??  ?? REKAAN erodinamik dengan enjin 6.3 liter V12.
REKAAN erodinamik dengan enjin 6.3 liter V12.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia