Harian Metro

SM Sports 110R berbaloi

-

Gaya elegan dan reka bentuk mempersona­kan menjadi tarikan utama syarikat pengedar Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (MFBHSB) yang berpangkal­an di

Pulau Pinang melancarka­n jenama motosikal pertama SM Sports 110R secara rasminya, baru-baru ini.

SM Sport 110R dihasilkan dengan penuh bergaya, tahan lasak, mesra alam dan paling utama harga cukup berpatutan berbanding jenama terkenal lain.

Model terbaru itu dihasilkan dengan kerjasama Qian Jiang Motorcycle iaitu pemilik jenama Benelli melalui kaedah pemindahan teknologi dengan MFBHSB. Paling menarik 30 peratus alat ganti dan aksesori dalaman motosikal itu menggunaka­n produk tempatan, manakala selebihnya dari luar negara.

Pengurus Besar Operasi MFBHSB, Asri Ahmad berkata, SM Sport 110R amat bersesuaia­n untuk mereka berpendapt­an rendah sebagai pengangkut­an kedua.

“Bertemakan Enjin

Untuk Kehidupan, bagi setiap satu isian penuh minyak ia mampu mencecah perjalanan sejauh 180 kilometer dan ia turut dilengkapi sistem suis penjimatan bahan api. Model ini mempunyai reka bentuk aerodinami­k dan sporty dengan menggunaka­n enjin 109cc selain memiliki fungsi penyejuk udara,” katanya.

“SM Sport 110R dijual pada harga RM3,788 tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dengan jaminan dua tahun atau 20,000 kilometer (km) dan ia tampil dengan tiga warna pilihan iaitu merah delima, kuning bumblebee dan biru ocean,” katanya.

 ??  ?? ASRI (tengah) mencuba motosikal baru SM Sports 110R.
ASRI (tengah) mencuba motosikal baru SM Sports 110R.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia