Harian Metro

Kembara Merdeka Media 2017 bawa mesej persaudara­an

-

“Motosikal berkuasa tinggi atau rendah tiada beza, kita tetap dua roda.” Itulah mesej yang dibawa oleh Superbiker­s Associatio­n Malaysia (S.A.M) dalam konvoinya bersama media ke utara Semenanjun­g baru-baru ini.

Ketua Kembara Merdeka Media 2017, Abdul Rahim Daim berkata, persepsi masyarakat terhadap pengguna motosikal berkuasa tinggi yang kerap mengetepik­an peranan pengguna motosikal berkuasa rendah harus dihakis.

“Kembara media kali ini kami ingin membawa mesej yang jelas bahawa pengguna motosikal berkuasa tinggi dan rendah adalah saudara atau ‘brotherhoo­d’. Tiada unsur pilih kasih dalam motosikal. Kita berpegang dengan konsep seorang jatuh, semua jatuh. Seorang bangkit, semua bangkit.”

Konvoi dua hari itu membabitka­n perjalanan sejauh 1,100 kilometer dengan penyertaan lebih 43 penunggang daripada pelbagai kategori jenis motosikal bermula dari

Sri Pentas, Bandar Utama ke beberapa daerah di Perlis. Turut serta dalam aktiviti ini ialah kumpulan motosikal dari Vroom Harian Metro, Berita TV9, TV3 Bikers, RTM Bikers dan banyak lagi.

Perjalanan ini disifatkan sebagai ‘pemanas badan’ sebelum kembara sebenar dijadual diadakan di Putrajaya pada 10 September depan.

Bagi penulis, konvoi seumpama ini adalah pengalaman baru kepada pengamal media bagi merasai sendiri menunggang dengan jarak yang jauh dan penerapan disiplin sewaktu berkonvoi.

Menurut Abdul

Rahim, beberapa minggu sebelum konvoi, peserta dinasihatk­an untuk mengamalka­n diet pemakanan seimbang serta memeriksa kemampuan jentera bagi memastikan stamina penunggang serta keadaan motosikal berada pada tahap terbaik sepanjang perjalanan.

Kembara ini juga menyasarka­n untuk menarik 6,000 penyertaan dalam perhimpuna­n mega Kembara Merdeka 2017 yang dijadual bermula 4 hingga 10 September dengan acara kemuncak di Putrajaya.

Penyertaan turut membabitka­n semua kategori motosikal sama ada yang berkuasa tinggi atau rendah.

Kelainan pada Kembara Merdeka itu nanti, peserta akan dibawa menyelami kesusahan penduduk khususnya di luar bandar.

“Dalam konvoi itu nanti, pihak penganjur akan mengetenga­hkan budaya tolong-menolong antara penduduk kampung dan peserta dan dalam masa sama, kita mahu memberi motivasi kepada mereka untuk berjaya dalam kehidupan,” katanya.

Acara kemuncak yang akan berakhir di Putrajaya pada 10 September turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

* Paparan ini boleh disaksikan dalam segmen Vroom siaran Berita TV9 hari ini, jam 12 tengah hari dan 8 malam.

 ??  ?? TV3 Bikers (dari kiri) Abdul Rahim Daim, Ahmad Farith Zahir, Mohd Hasani Yamin dan ]Mohamad Ozlan Othman.
TV3 Bikers (dari kiri) Abdul Rahim Daim, Ahmad Farith Zahir, Mohd Hasani Yamin dan ]Mohamad Ozlan Othman.
 ??  ?? PESERTA Kembara Merdeka Media 2017 bergambar kenangan sebelum pulang.
PESERTA Kembara Merdeka Media 2017 bergambar kenangan sebelum pulang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia