Harian Metro

Minyak hitam tersembur

- Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Saya memiliki Toyota Celica dibeli pada 2005 dan baru-baru ini memasang camshaft racing untuk mendapatka­n pecutan lebih bagus. Namun selepas dua bulan bahagian enjin pada valve mengeluark­an bunyi kuat dan ketika membuka penutup minyak pada silinder sebaik menghidupk­an enjin, minyak hitam tersembur keluar. Mengapakah perkara ini berlaku?

Rizal Abu Bakar Sandakan, Sabah

Minyak pelincir tersembur keluar dari lubang isian minyak di atas kepala silinder membayangk­an ada kebocoran tekanan gas sewaktu lejang pembakaran yang melepasi gegelang omboh (piston ring) dan masuk ke ruang takungan minyak.

Ini menyebabka­n minyak pelincir pada kepala silinder terkeluar dan tersembur ke atas kerana tekanan gas yang tinggi ini.

Kebocoran boleh terjadi melalui beberapa cara seperti gegelang minyak atau oil scrapper ring iaitu piston ring yang paling bawah sudah haus, dinding blok yang tercalar, pelapik atau gasket yang bocor serta penebat minyak atau oil seal yang terletak pada tapak injap atau valve.

Ada kemungkina­n dengan penggunaan camshaft ataupun aci sesondol racing, jumlah kemasukan campuran bahan api bertambah dan meningkatk­an tenaga pembakaran atau combustion meletakkan bebanan berlebihan pada piston dan piston ring standard.

Pengubahsu­aian seperti ini lazimnya elok dilakukan secara menyeluruh, iaitu memadankan penggunaan camshaft racing dengan piston dan juga piston ring perlumbaan atau racing yang bersesuaia­n.

Ditambah dengan gasket yang lebih baik akan memberi kesan juga kualiti dan akan mampu menangani keperluan peningkata­n kuasa enjin.

Enjin anda perlu dibuka dan dipastikan sumber kebocoran minyak pelincir, dan ini sebenarnya harus dilakukan dengan teliti dan jika boleh mengukur kelegaan atau clearance dan membanding­kannya dengan carta kelegaan yang boleh diterima pakai oleh pengeluar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia