Harian Metro

Larasan pelapik

-

Saya membeli sebuah Ford Focus terpakai dan ada mekanik menyaranka­n ia perlu dilakukan ‘Shim Adjustment’. Apakah ia dan mengapa perlu dibuat?

Mustafa Kamal Teluk Intan, Perak

Penalaan pelapik atau ‘shim’ merujuk kepada penalaan injap atau valve adjustment. Kebanyakan jentera empat lejang kini menggunaka­n shim atau pelapik berbeza ketebalann­ya untuk menyesuaik­an kelegaan injap atau valve clearance, tidak seperti enjin dahulu menggunaka­n skru dan nat untuk membetulka­n atau menala kelegaan injap.

Pelapik atau shim itu perlu disukat dan ditukar mengikut kehendak kelegaan injap tadi.

Sama ada menggunaka­n shim atau penalaan skru, ia bertujuan mendapatka­n kelegaan injap yang tepat supaya ia akan terbuka dan tertutup rapat sewaktu operasi enjin pada masa ditetapkan.

Kelegaan injap yang tidak tepat, seperti terlalu luas (yang kadangkala digelar longgar dan akan mengeluark­an bunyi bising) atau terlalu rapat atau ketat akan memberi kesan pelbagai kepada prestasi enjin.

Ia akan kehilangan kuasa dan mungkin sukar dihidupkan kerana mampatan yang baik tidak diperoleh jika kelegaan injap anda tidak tepat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia