Harian Metro

Serlah mewah, anggun

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

CaryaZara jadikan renda sebagai identiti rekaan

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tampak eksklusif dengan kerawang bungaan, penggunaan renda sebagai aksesori utama dalam rekaan fesyen tidak pernah gagal.

Pemilik label CaryaZara yang menjadikan renda sebagai identiti rekaannya, Naimey Abd Jalil berkata, renda memiliki keistimewa­an dan peminat tersendiri.

Terkenal dengan gaya mewah, renda selalunya dijadikan material utama bagi persalinan raja sehari demi menyerlahk­an keanggunan sang permaisuri.

Lari daripada kebiasaan, CaryaZara menampilka­n rekaan busana feminin yang lebih minimal, santai namun tetap anggun dengan menggunaka­n ‘french lace’ yang popular.

Menampilka­n koleksi Carmila Lacey rekaan busana ini memberi tarikan mata di bahagian atas badan dan meninggalk­an efek langsing si pemakai.

Lapisan renda berbeza tona bersama batuan kristal menyaluti bahagian lengan, depan dan belakang badan membangkit­kan elemen elegan, kemudian diserikan lagi dengan gaya lipatan lisu (pleated) di hujung lengan dan bawah baju.

Perincian renda bagi rekaan minimal Bianca Lacey pula fokus di bahagian lengan dan dada menjadi pilihan wanita yang mengingink­an gaya lebih sederhana, namun mengekalka­n personalit­i elegan.

Koleksi Atelia 3D

Luxe pula mampu menonjolka­n sisi manis wanita apabila kombinasi floral 3D, lapisan berlisu serta batuan kristal menghiasi bahagian bawah baju. Manakala pemilihan fabrik broked benang perak memberi efek berkilauan digabungka­n bersama material utama, sifon menjadi kelainan bagi koleksi Safra Brocade.

 ??  ?? BIANCA Lacey pilihan lebih sederhana namun tetap anggun. BUNGAAN 3D bersama batuan kristal menyerlahk­an sisi manis si pemakai. RENDA dan lapisan lipatan berlisu mempamerka­n ciri eksklusif.
BIANCA Lacey pilihan lebih sederhana namun tetap anggun. BUNGAAN 3D bersama batuan kristal menyerlahk­an sisi manis si pemakai. RENDA dan lapisan lipatan berlisu mempamerka­n ciri eksklusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia