Harian Metro

Sarung tangan sepadan busana

-

Jika sebelum ini sarung tangan berada di pasaran selalunya berwarna hitam dan perang, kini pemakai Muslimah mempunyai pelbagai pilihan dengan mengunjung­i butik dalam talian Handsockcu­te.co.

Menurut pengasasny­a Fathin Nur Atiesha Zolfan, sarung tangan yang dijual menerusi laman Instagram butik itu mempunyai lebih 10 pilihan rekaan.

“Memikirkan ‘trend’ Muslimah masa kini lebih peka dengan penampilan, pilihan aksesori seperti sarung tangan juga diteliti agar sepadan dengan busana digayakan.

“Untuk memenuhi kehendak mereka itu, Handsockcu­te.co cuba tawarkan kelainan dengan menawarkan pelbagai material mahupun motif untuk mereka gayakan.

“Daripada saiz saja, terdapat tiga pilihan berbeza membabitka­n 20 sentimeter (sm), 30sm dan 50sm. Material bagi sarung tangan itu juga berlainan iaitu lycra, kapas mahupun jersi.

“Sarung tangan dwiwarna antara rekaan mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan pelanggan kami kerana mempunyai warna dalam serta luar berbeza. Ibaratnya mereka membeli dua sarung tangan.

“Pelanggan kami biasanya wanita tetapi ada juga lelaki membeli untuk dihadiahka­n kepada ibu mahupun adik-beradik mereka,” katanya.

Harga ditawarkan untuk aksesori itu bermula RM4.50 dan ke atas bergantung kepada rekaan, material mahupun jumlah belian dibuat pelanggan. Bagi yang berminat untuk mendapatka­n sarung tangan unik ini boleh melayari laman Instagram Handsockcu­te.co.

 ??  ?? MEMPUNYAI dua sisi warna berlainan.
MEMPUNYAI dua sisi warna berlainan.
 ??  ?? WARNA lebih menonjol.
WARNA lebih menonjol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia