Harian Metro

Atiqah, Haziq tidak cerewet

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Dorongan ibu bapa bakar semangat untuk capai cita-cita bergelar model

Penampilan­nya pernah dilihat menerusi iklan Cadbury dan McD. Mengakui bercita-cita bergelar model sejak kecil, dua beradik Nur Atiqah Ruslan, 25, dan Muhammad Haziq Ikram, 22, kini bergelar model sambilan bagi merealisas­ikan impian mereka.

Meskipun banyak persaingan, mereka tidak pernah menoleh ke belakang malah sentiasa positif dan yakin dengan rezeki masing-masing.

“Berbanding model lain, saya mengaku kami kurang dikenali kerana masih baru dalam bidang ini. Tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat kami mencapai cita-cita.

“Mujur kedua-dua ibu bapa selalu memberi dorongan dan menyokong setiap apa yang kami lakukan asal tidak melanggar batas yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menetapkan sebarang syarat tertentu asal bayaran diterima berpatutan dan berbaloi. Menyedari persaingan terlalu sengit membuatkan Atiqah serta adiknya tidak terlalu cerewet.

“Sejujurnya bukan mudah tetapi inilah dinamakan cabaran. Jika dilihat di luar sana, ramai yang memiliki wajah komersial yang boleh cari makan. Itu belum lagi wajah Pan Asia, tetapi saya percaya jika kita berusaha pasti ada hasilnya.

“Paling penting jangan cepat berputus asa. Lagi satu disiplin adalah perkara utama apatah lagi sebagai pendatang baru. InsyaAllah jika orang selesa dan percaya dengan hasil kerja kita, tiada istilah serik selepas itu,” katanya yang menjadikan model dan pelakon Maya Karin sebagai idola.

Mengenai pengalaman sepanjang bergelar model sambilan, anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, setakat ini dia belum berdepan pengalaman pahit seperti ditipu agensi pengiklana­n meskipun masih baru dalam industri ini.

“Saya harap tidak akan berdepan situasi itu kerana saya dan adik ikhlas dalam industri peragaan. Pengalaman manis pula apabila dikenali serta menimba ilmu daripada mereka yang lebih senior,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA keluarga.
BERSAMA keluarga.
 ??  ?? MAHU melebarkan sayap
ke tahap lebih tinggi.
MAHU melebarkan sayap ke tahap lebih tinggi.
 ??  ?? HAZIQ yang turut mempunyai bakat dalam bidang peragaan.
HAZIQ yang turut mempunyai bakat dalam bidang peragaan.
 ??  ?? NAMA: Nur Atiqah Ruslan UMUR: 25 tahun
ASAL: Butterwort­h,
Pulau Pinang PENDIDIKAN: Sijil Kemahiran Malaysia CITA-CITA: Doktor
NAMA: Nur Atiqah Ruslan UMUR: 25 tahun ASAL: Butterwort­h, Pulau Pinang PENDIDIKAN: Sijil Kemahiran Malaysia CITA-CITA: Doktor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia