Harian Metro

Ketahui kanser ovari

-

Mengenali kanser ginekologi

Tiada siapa menyangka mereka boleh menghidap penyakit kanser. Kita pernah dikejutkan dengan pemergian artis, Ary Malik yang meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas berjuang hampir setahun melawan kanser ovari tahap empat. Kumpulan kanser ginekologi seperti lima jenis kanser di bawah ini memberi kesan kepada organ pembiakan wanita: Pangkal rahim

Ovari

Rahim

Faraj

Vulva Apa itu kanser?

Menurut pakar perubatan, kanser adalah penyakit di mana sel dalam badan tumbuh di luar kawalan. Kanser sentiasa dinamakan atas nama organ yang kali pertama dijangkiti, walaupun ia mungkin merebak ke bahagian organ lain di kemudian hari.

Dalam kes di atas, kanser bermula dalam ovari, ia dipanggil kanser ovari. Wanita normal mempunyai dua ovari yang terletak di pelvis, satu pada setiap sisi rahim. Tugas utama ovari adalah untuk menghasilk­an hormon wanita bagi menghasilk­an telur.

Faktor meningkatk­an risiko hidapi kanser ovari

Wanita yang berada pada pertengaha­n umur atau lebih tua.

Mempunyai sejarah keluarga terdekat yang menderita kanser ovari.

Mempunyai kanser payudara atau kanser kolorektal (usus besar).

Tidak pernah melahirkan anak atau mempunyai masalah kurang subur.

Mempunyai endometrio­sis.

Jika anda mempunyai satu atau lebih faktor di atas, ia tidak bermakna anda akan mendapat kanser ovari. Namun, anda harus berbincang dengan doktor risiko bakal dihadapi.

Apakah gejala kanser ovari?

Pendarahan faraj jika keterlalua­n atau sudah menopaus.

Sakit atau tekanan di dalam pelvis atau kawasan perut.

Sakit belakang.

Kembung, di mana kawasan bawah perut akan menbengkak.

Perubahan tabiat tandas, seperti kerap membuang air kecil, sembelit atau cirit-birit.

Beri perhatian kepada diri sendiri dan ambil tahu apa yang normal untuk badan anda. Jika mempunyai pendarahan faraj yang tidak normal, jumpa doktor secepat mungkin.

Jika anda mempunyai tanda yang disebutkan di atas selama dua minggu atau lebih, berjumpala­h dengan doktor. Gejala ini mungkin disebabkan oleh sesuatu yang bukan kanser, tetapi satu-satunya cara untuk mengetahui adalah dengan berjumpa doktor. Rawatan adalah paling berkesan apabila kanser ovari ditemui dan dirawat di peringkat awal. Bagaimana mencegah kanser ovari?

Buat masa sekarang tiada cara yang diketahui untuk mengelakka­n kanser ovari. Tetapi perkara berikut boleh mengurangk­an risiko untuk mendapat kanser ini:

Menggunaka­n pil perancang keluarga lebih lima tahun.

Pembedahan mengeluark­an kedua-dua ovari atau histerekto­mi.

Melahirkan anak.

Adakah kaedah pemeriksaa­n yang boleh mengesan kanser ovari pada peringkat awal?

Pakar berpendapa­t tidak ada cara mudah dan boleh dipercayai untuk mengesan kanser ovari pada wanita yang tidak mempunyai apaapa gejala.

Hal ini kerana, ujian pap smear tidak menyaring

Bagaimanap­un, ada langkah-langkah yang boleh diambil:

Beri perhatian kepada badan dan tahu apa yang normal untuk anda.

Jika mendapati ada perubahan tidak normal pada diri dan tanda berkaitan kanser ovari, berbincang­lah dengan doktor anda.

Tanya doktor, adakah perlu menjalani ujian seperti pemeriksaa­n pelvikrect­ovaginal, ultrasound transvagin­al atau ujian darah CA-125.

Jika doktor mengatakan anda mempunyai kanser ovari, minta dirujuk kepada pakar Ginekologi Onkologi, doktor yang dilatih untuk merawat kanser seperti ini.

Doktor selalunya akan bekerjasam­a dengan anda untuk mewujudkan satu pelan rawatan bagi membantu anda sembuh seperti sediakala.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia