Harian Metro

Kenali sakit kepala anda

-

Jenis sakit dibezakan berdasarka­n bahagian,

tahap keterukan, kekerapan dan gejala lain

perlahan-lahan mengikat sekeliling kepala, manakala yang lainnya pula membayangk­an kesakitan mereka bertambah teruk sebaik lampu dinyalakan.

Keadaan itu sebahagian gambaran sakit kepala walaupun berbeza jenisnya dengan migrain dan ketegangan adalah yang paling biasa daripada lebih 150 jenis sakit kepala.

Menurut Pakar Bedah Saraf Hospital Beacon Dr Chee Chee Pin, sakit kepala adalah gejala atau simptom dan bukan penyebab kepada kanser otak, namun jangan ambil mudah kehadirann­ya.

“Ramai orang mengalami sakit kepala sekurangku­rangnya sekali dalam hidup mereka dan lebih kerap berbanding sakit lain. Sakit kepala sangat biasa dan kebanyakan orang tidak menyedari terdapat pelbagai jenis serta pilihan rawatan, selain mengambil ubat tahan sakit.

“Jenis sakit kepala dibezakan berdasarka­n bahagian, tahap keterukan, kekerapan sakit kepala dan gejala lain. Pada 2013, Persatuan Sakit Kepala Antarabang­sa mengeluark­an garis panduan yang luas untuk petugas penjagaan kesihatan sebelum membuat diagnosis membolehka­n pilihan lebih baik dan berkesan untuk rawatan sakit kepala.

“Secara umumnya, ia terbahagi kepada dua yang utama iaitu primer dan sekunder. Sakit kepala primer tidak disebabkan oleh lain-lain masalah perubatan seperti sakit kepala disebabkan oleh ketegangan, migrain dan yang berkelompo­k.

“Sakit kepala sekunder pula berpunca daripada lain-lain masalah kesihatan seperti jangkitan atau tekanan yang meningkat di dalam tengkorak disebabkan oleh ketumbuhan misalnya. Sebanyak 90 peratus daripada sakit kepala terdiri daripada jenis primer, manakala selebihnya 10 peratus adalah sekunder,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Orang yang mengalami sakit kepala akan mendapati bahawa ia berlaku ketika mereka sedang tertekan. Ia adalah yang paling biasa dalam kalangan orang dewasa dan remaja.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu daripada 20 orang di negara maju menderita sakit kepala disebabkan tekanan setiap hari.

Migrain adalah jenis sakit kepala utama yang paling biasa. Ia sering digambarka­n sebagai sakit berdenyut, berdebar-debar yang boleh bertahan empat jam hingga tiga hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Gejala lain akan berlaku seperti mual dan muntah, sensitif terhadap cahaya, bunyi bising dan bau, hilang selera makan serta sakit perut.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia