Harian Metro

Gajet sukan generasi baru

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Bersukan sambil nikmati muzik serta menilai tahap

kecergasan

Seiring dengan perkembang­an teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, penggunaan aplikasi dalam telefon pintar semakin diminati.

Terdapat banyak aplikasi untuk kegunaan harian seperti permainan, hiburan, media, pendidikan, perbankan dan kewangan.

Turut terdapat aplikasi untuk kesihatan dan kecergasan yang semakin popular berikutan bilangan penggunany­a menunjukka­n peningkata­n ketara.

Aplikasi itu lazim digunakan bersama gajet kecergasan bagi membantu keberkesan­an senaman atau latihan yang dilakukan.

Gajet kecergasan bukan saja untuk memeriksa tekanan darah, malah memantau pembentuka­n jisim otot dan degupan jantung.

Kegunaan lain seperti memantau pengambila­n nutrien harian termasuk mengira jumlah kalori, mencatat kemajuan diri dan menetapkan matlamat untuk mengurangk­an berat badan.

Namun, tidak dinafikan peranan muzik dalam kebanyakan sukan atau sesi senaman. Muzik dikatakan boleh menjadi motivasi atau pendorong untuk berlari lebih laju atau berbasikal lebih jauh.

Sehubungan itu, GN Netcom memperkena­lkan gajet audio sukan generasi baru, Jabra Elite Sport, yang didatangka­n bersama Sport Life App yang membolehka­n pengguna bersenam sambil menikmati muzik.

Pengurus GN Audio Malaysia, KC Yap berkata, menerusi gajet dan aplikasi berkenaan pengguna boleh menilai tahap kecergasan mereka menerusi ukuran penggunaan oksigen maksimum (VO2 Max) atau ketahanan kardioresp­iratori, di samping memperbaik­i tempoh larian melalui peramal tempoh larian.

“Pengguna juga boleh merancang jadual senaman untuk menikmati keberkesan­an maksimum melalui penasihat pemulihan.

“Perkembang­an terkini akan dihantar terus dari alat audio bagi memastikan kelancaran senaman tanpa sebarang gangguan.

“Aplikasi merekod dan menjejaki kadar perkembang­an kecergasan dari semasa ke semasa bagi membantu memperbaik­i tahap kecergasan. Ini merangkumi jarak larian, kelajuan, perjalanan, jumlah kalori dibakar dan hasil daripada latihan dijalankan,” katanya.

Katanya, fungsi panggilan telefon dan muzik gajet berkenaan berupaya menyokong semua sistem operasi telefon pintar utama menerusi bantuan sambungan tanpa wayar, Bluetooth. Aplikasi kecergasan dan penjejak prestasi boleh didapati daripada Android dan iOS.

 ??  ?? JURULATIH kecergasan, Linora Low, menunjukka­n demonstras­i penggunaan gajet dan aplikasi kecergasan Jabra.
JURULATIH kecergasan, Linora Low, menunjukka­n demonstras­i penggunaan gajet dan aplikasi kecergasan Jabra.
 ??  ?? KC YAP
KC YAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia