Harian Metro

Bekas plastik bebas kimia

-

menggunaka­n bahan yang mempunyai kualiti gred makanan yang disahkan Pentadbira­n Makanan dan Ubatan (FDA).

Plastik gred makanan mesti mematuhi piawaian tertentu mengenai kandungann­ya apabila ia tidak boleh mengandung­i pewarna celup, pengawet atau bahan plastik kitar semula yang berbahaya kepada manusia.

Ia boleh mengandung­i material kitar semula asalkan bahan terbabit mematuhi garis panduan dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

Pengarah Creative

Mega Network (CMN) Malaysia, How Kam Chiong berkata, bahan kimia yang paling dikhuatiri adalah Bisphenol A (BPA) yang banyak digunakan dalam produk plastik. Makanan dan minuman boleh tercemar dengan bahan kimia berbahaya itu yang dilepaskan daripada bekas makanan plastik serta mampu menjejaska­n kesihatan manusia dalam jangka panjang.

“Bekas makanan plastik tidak selamat boleh mengubah warna, bau dan rasa makanan akibat sudah berinterak­si dengan bahan kimia. Pengguna mempunyai pilihan dengan memilih bekas makanan yang diakui selamat menerusi simbol nombor kod pada barangan plastik,” katanya.

Menurutnya, CMN memperkena­lkan bekas makanan dan minuman plastik premium dengan jenama Moorlife untuk kegunaan isi rumah yang diuji dan terbukti selamat. Setiap barangan plastik melalui proses kawalan kualiti yang ketat dan diperbuat daripada bahan gred makanan yang diiktiraf pihak berkuasa.

“Semua produk plastik mempunyai simbol nombor kod dari 1 hingga 7. Angka ini sebagai petunjuk jenis bahan kimia yang digunakan dalam penghasila­n produk plastik berkenaan. Pengguna boleh mengenal pasti bekas plastik yang selamat digunakan untuk penyimpana­n makanan menerusi nombor kod itu.

“Pilihan terbaik untuk bekas plastik sebagai tempat menyimpan makanan dan minuman adalah simbol kod dengan angka 5 menunjukka­n ia daripada bahan Polypropyl­ene (PP) yang mempunyai kemampuan mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya,” katanya.

 ??  ?? BEKAS makanan plastik mesti selamat dan bebas kimia berbahaya.
BEKAS makanan plastik mesti selamat dan bebas kimia berbahaya.
 ??  ?? HOW
HOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia