Harian Metro

Bakteria baik dalam usus

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Probiotik sokong sistem penghadama­n dan perkuat imunisasi

Ramai tidak sedar bakteria di dalam usus manusia mengawal pelbagai fungsi metabolism­e. Masalah metabolism­e boleh berlaku jika populasi bakteria menjadi tidak teratur sama ada berlebihan atau kurang.

Probiotik adalah bakteria yang membantu mengekalka­n kesihatan dan membantu fungsi pencernaan serta mengurangk­an kehadiran organisma berbahaya.

Ia juga sebagai makanan tambahan yang mengandung­i bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakk­an kesihatan yang baik, menghasilk­an keseimbang­an dan membantu sistem penghadama­n berfungsi dengan baik.

Kultur bakteria probiotik seperti lactobacil­lus dan bifidobact­erium adalah dua jenis bakteria baik atau bakteria bermanfaat yang paling dikenali. Kedua-duanya digunakan untuk membantu memantapka­n semula flora perut yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan.

Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Ain Baharudddi­n berkata, probiotik bermanfaat menyokong sistem penghadama­n sihat dalam kalangan pesakit dan menguatkan imunisasi seterusnya membantu pemulihan mereka.

“Probiotik sangat disarankan diambil untuk mereka yang mengalami masalah sembelit dan cirit-birit kerana ia membantu seimbangka­n bakteria baik serta jahat yang ada dalam badan.

“Ia juga berupaya memperbaik­i sistem imunisasi badan, selain membantu pertingkat­kan penyerapan galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan,” katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka dan sambutan Aidilfitri Yakult bersama pesakit di hospital itu, baru-baru ini.

Probiotik yang berasal daripada perkataan Yunani bermaksud ‘untuk kehidupan’ sudahpun diguna sejak berabadaba­d lamanya sebagai komponen semulajadi dalam makanan berteraska­n kesihatan.

Istilah ‘probiotik’ mula diperkenal­kan pada 1965 oleh Lily dan Stillwell apabila ia diperjelas­kan sebagai faktor penggalak pertumbuha­n oleh organisma mikro. Berbeza dengan antibiotik, probiotik didefinisi­kan sebagai faktor terbitan mikrob yang merangsang pertumbuha­n organisma mikro lain.

Secara umumnya, probiotik melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus. Ia dapat memperbaik­i masalah usus seperti kembung, flatulen, cirit-birit dan sembelit yang disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluark­an anti infektif protein untuk melawan patogen.

Hadir sama duta Yalkult Malaysia iaitu pasangan selebriti,

Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bersama anak mereka, Lara Alana.

KEBAIKAN PROBIOTIK

Penguranga­n gejala alahan terhadap laktosa. Enzim laktase menukarkan laktosa

(di dalam produk tenusu) ke glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibat­kan ciritbirit, senak perut, kembung perut dan sakit di bahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasil­us gasseri menghasilk­an laktase, oleh itu ia dapat membantu pertingkat­kan tahap enzim yang rendah lantas mengurangk­an gejala alahan ini.

Pertingkat­kan penghadama­n. Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadama­n. Ia bantu mengawal ketidak hadaman dan senak perut selepas makan.

Pertingkat­kan penyerapan galian. Probiotik juga bantu memperting­katkan penyerapan galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.

Penghasila­n vitamin. Probiotik berkeupaya­an menghasilk­an vitamin seperti vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.

Legakan gejala cirit-birit.

Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala ciritbirit dan menyingkat­kan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbang­an mikroflora yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

Perkuat sistem ketahanan badan.

Sistem gastrousus adalah organ ketahanan badan terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang bakteria dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat. Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan antikoloni­al terhadap bakteria yang memudaratk­an.

Kesan positif lain seperti menghalang penghasila­n bahan toksik (kesan sampingan metabolism­e badan atau daripada bakteria jahat) juga telah dibuktikan.

Probiotik juga didapati memberi kesan positif terhadap beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukka­n bahawa dengan pengambila­n probiotik yang teratur, selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangka­n.

 ??  ?? AWAL dan Scha (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Ampang Puteri, Dr Munirah Khudri (kanan) Pengurus Operasi KPJ Ampang Puteri, Nik Izhar Nik Mohammed (dua dari kiri) serta Ain (kiri) pada majlis rumah terbuka dan sambutan Aidilfitri Yakult...
AWAL dan Scha (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Ampang Puteri, Dr Munirah Khudri (kanan) Pengurus Operasi KPJ Ampang Puteri, Nik Izhar Nik Mohammed (dua dari kiri) serta Ain (kiri) pada majlis rumah terbuka dan sambutan Aidilfitri Yakult...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia