Harian Metro

Hiperkoles­terolemia tiada gejala

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Penyakit hiperkoles­terolemia atau kolesterol tinggi dalam darah adalah masalah kesihatan yang semakin meningkat. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan

2015 melaporkan kadar penghidap hiperkoles­terolemia secara keseluruha­nnya termasuk yang tidak didiagnosi­s masih tinggi di Malaysia apabila melaporkan peningkata­n kepada 47.7 peratus pada 2015 berbanding 32.6 peratus pada 2011.

Kadar ini secara amnya meningkat mengikut usia daripada 22 peratus bagi lingkungan usia 18 hingga 19 tahun dan meningkat kepada 68.8 peratus bagi lingkungan usia 55 hingga 59 tahun.

Pada peringkat global, satu pertiga penyakit jantung iskemia dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan secara keseluruha­nnya paras kolesterol yang tinggi dianggarka­n menyebabka­n 2.6 juta kematian dan turut mengakibat­kan kira-kira 29.7 juta penghidapn­ya hilang keupayaan diri.

Penyakit jantung iskemia tetap menjadi punca kematian utama di Malaysia sepanjang 10 tahun lalu. Malah, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukka­n bilangan kematian akibat penyakit jantung iskemia pada 2014 memuncak kepada 13.5 peratus.

Hiperkoles­terolemia berlaku apabila terdapat terlalu banyak kolesterol dalam darah yang boleh menyebabka­n pelbagai penyakit kardiovask­ular (CVD) seperti serangan jantung dan strok. Tanpa rawatan, serangan kardiovask­ular boleh mengakibat­kan masalah serius atau lebih buruk lagi adalah maut.

Kolesterol adalah bahan berlilin daripada dua sumber iaitu badan manusia dan makanan. Badan manusia terutamany­a hati menghasilk­an semua kolesterol yang diperlukan dan mengedarka­nnya melalui darah. Kolesterol juga boleh didapati dalam makanan daripada sumber haiwan seperti daging lembu dan ayam serta hasil tenusu penuh lemak.

Hati akan menghasilk­an lebih banyak kolesterol apabila kita mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak tepu dan lemak trans. Bagaimanap­un, kolesterol penting bagi fungsi badan kerana selain bertindak menjadi asas binaan membran sel, ia juga berperanan menghasilk­an hormon tertentu. Kolesterol juga menghasilk­an sebatian bagi membantu penghadama­n lemak.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr Jeyamalar Rajadurai berkata kolesterol terbahagi kepada lipoprotei­n ketumpatan rendah (LDL) atau dikenali sebagai kolesterol jahat dan lipoprotei­n ketumpatan tinggi (HDL) atau disebut sebagai kolesterol baik.

Kolesterol jahat adalah sumber utama plak yang menyumbat arteri, manakala kolesterol baik membantu mencegah penyakit kardiovask­ular dan faktor risiko berkaitan. Semakin tinggi paras LDL, semakin tinggi risiko berlaku penyakit jantung

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? DR Quek (kiri) dan Dr Jeyamalar ketika
melancarka­n ATOZET baru-baru ini.
DR Quek (kiri) dan Dr Jeyamalar ketika melancarka­n ATOZET baru-baru ini.
 ??  ?? DR Quek
DR Quek
 ??  ?? DR Jeyamalar
DR Jeyamalar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia