Harian Metro

JANJI ALIFF

Bella maafkan suami sejurus pelakon dibebaskan dengan jaminan polis

- lapor Sudirman Mohd Tahir

> “Saya akan menjaga Bella dan anak kami serta melaksanak­an tanggungja­wab sebagai ketua keluarga sebaik mungkin,” itulah janji penyanyi dan pelakon Aliff

Aziz, 26, selepas memaklumka­n Bella Astillah, 23, memaafkann­ya berikutan insiden mengasari isterinya di sebuah pusat karaoke, Khamis lalu. Bella mengaku memaafkan suaminya kerana mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan masih menyayangi Aliff,

“Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulil­lah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya,” kata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memberitah­u sudah berdamai dengan isterinya Bella Astillah, 23, selepas dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

Aliff, 26, yang disiasat atas dakwaan mengasari isterinya berkata, dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya.

Menurutnya, dia bersyukur dibebaskan daripada tahanan dan Bella sudah memaafkann­ya.

“Saya akan menjaga Bella dan anak kami serta melaksanak­an tanggungja­wab sebagai ketua keluarga sebaik mungkin.

“Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

“Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Penyanyi itu ditahan selepas isterinya membuat laporan polis mendakwa dirinya dikasari Aliff di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Bella bersama ibunya datang mencari Aliff dan menemuinya bersama seorang wanita yang juga pelakon hingga menyebabka­n insiden kekasaran itu berlaku.

Bercerita lanjut, Aliff berkata, dia akan berusaha memulakan hidup baru dan menganggap insiden berkenaan sebagai teladan dan pengalaman berharga untuk memperbaik­i kelemahan diri.

“Setiap manusia pasti buat salah. Saya nak mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap.

“Apa saya boleh katakan, ini membabitka­n hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku,” katanya.

Bagi menjawab segala persoalan mengenai isu ini, Aliff dan Bella bakal mengadakan satu sidang media khas di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini.

Menurut Aliff, pada sesi itu dia akan menjelaska­n perkara yang patut saja terutama membabitka­n rumah tangganya.

“Saya berharap apabila berjumpa rakan media, esok (hari ini) semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjang­an.

“Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatak­an. Bagi saya perkara ini bahaya.

“Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting rumah tangga dan keluarga saya sekarang,” katanya.

Beliau turut meminta maaf kepada media kerana tidak melayani panggilan dan pernyataan selepas insiden berkenaan.

“Maafkan saya sebab tak menjawab sebarang panggilan sebelum ini. Bukan sengaja, tapi saya sibuk menguruska­n perkara lain,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata,

dia mahukan yang terbaik untuk anaknya dan masih menyayangi Aliff.

“Sebagai isteri, saya maafkan Aliff. Lagipun sebelum ini dia pernah cakap tiada wanita lain dalam hidupnya selain saya.

“Sepanjang hidup bersama, saya tak pernah minta barangan LV (Louis Vuitton) atau jenama mahal lain. Cukup sekadar dia membahagia­kan keluarga kecil kami,” katanya.

Terdahulu, Aliff yang ditahan sejak Khamis lalu atas dakwaan mengasari isterinya dibebaskan dengan jaminan polis, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek diberi jaminan selepas proses siasatan selesai.

Anak seni kelahiran Singapura itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Maafkan saya sebab tak menjawab sebarang panggilan Aliff Aziz

 ??  ?? BellaAstil­lah sudahmaafk­an suamidan
berdamai
BellaAstil­lah sudahmaafk­an suamidan berdamai
 ??  ?? ALIFF Aziz bersama isterinya, Bella Astillah.
ALIFF Aziz bersama isterinya, Bella Astillah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia