Harian Metro

2 ANAK DALAM API 30 METER

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

“Saya nekad mencari dua anak saya walaupun ketika itu api menjulang setinggi 30 meter, tetapi gagal apabila berlaku letupan kuat menyebabka­n saya terhumban.

“Ketika itu, saya benar-benar tidak berdaya dan hanya mampu melihat kejadian sehinggala­h mayat anak saya dikeluarka­n,” kata Faizal Osman, 38, bapa kepada dua kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kejadian lori muatan tong gas petroleum cecair (LPG) meletup, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 malam di Kampung Pampang, Batu 10, di sini, mayat Puteri Amanda, 8, dan Puteri Marcella, 5, ditemui berpelukan selepas lori yang dinaiki bersama bapa dan ibu saudara, Hasim Pilando, 32, dan Ikin, 21, terbabas ke dalam gaung lalu meletup dan terbakar.

Faizal berkata, dua anaknya itu mengikut bapa saudara kerana ingin tidur di rumah datuk mereka yang terletak kira-kira 400 meter dari rumahnya.

“Kami baru selesai makan malam dan kedua-dua anak saya mengikuti lori abang ipar saya yang kebetulan ingin naik ke kawasan bukit (rumah mentua). Rumah kami terletak di bawah bukit.

“Namun lori yang membawa muatan LPG dinaiki mereka terundur ke bawah lalu jatuh ke dalam gaung menyebabka­n tong LPG yang dibawa turut meletup.

“Sebelum itu, isteri saya melihat anak-anak naik ke atas lori itu dan melihat ia bergerak sebelum memanggil saya memberitah­u lori itu terundur hingga jatuh ke gaung,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Duchess of Kent, di sini, semalam.

Faizal berkata, dia dan isteri bergegas berlari ke lokasi itu dan hanya melihat abang ipar dan isterinya cedera.

“Api marak dan menjulang setinggi 30 meter disusuli letupan. Saya dan beberapa ahli keluarga lain sempat membawa isteri pemandu ke kawasan selamat lalu mencari dua anak perempuan kami namun gagal.

“Letupan api yang kuat turut menyebabka­n tubuh saya terhumban. Ketika itu, saya lihat isteri saya menangis teresak-esak,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka makan petang sebelum kejadian terbabit bersama dua anaknya, kelmarin adalah detik terakhir mereka meluangkan masa bersama.

“Pada Jumaat lalu ketika saya baru pulang daripada kerja, saya belikan minuman Milo tiga pek untuk anak saya. Milo itu adalah kegemaran mereka adik-beradik sama ada dibuat minuman atau dimakan.

“Mereka sempat menikmatin­ya dan masih ada dua pek lagi belum dibuka di rumah,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Marinah Pilando, 27, berkata, nasib baik anak lelakinya, Mohd Izal, 7, sudah pergi lebih awal ke rumah datuk mereka di atas bukit berkenaan.

“Jika tidak, pasti semua anak saya ikut lori itu. Tetapi dia jalan dulu manakala dua kakaknya mengikut lori abang saya.

“Kejadian itu berlaku di depan mata saya dari ketika lori itu terjatuh, terbakar dan kami tidak dapat melihat mereka di dalam api berkenaan. Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasakan,” katanya.

Jenazah dua beradik itu selamat dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pampang, dekat sini, petang semalam.

 ??  ??
 ??  ?? FAIZAL menyiram air mawar pada pusara anaknya yang maut dalam kejadian lori terbakar, kelmarin.
FAIZAL menyiram air mawar pada pusara anaknya yang maut dalam kejadian lori terbakar, kelmarin.
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat kanak-kanak yang rentung.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat kanak-kanak yang rentung.
 ??  ?? KEADAAN lori selepas terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.
KEADAAN lori selepas terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia