Harian Metro

Pelajar terjun tingkat dua sekolah patah kaki

-

Kulim: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun patah kaki kiri selepas dipercayai terjun dari tingkat dua sebuah sekolah menengah, di sini, semalam.

Kejadian disedari jam 1 tengah hari apabila pelajar lain yang tamat sesi persekolah­an menemui mangsa terbaring dalam keadaan menahan kesakitan sebelum memaklumka­n kepada pihak sekolah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, siasatan mendapati hanya pelajar terbabit seorang saja berada di bangunan tingkat dua sekolah itu ketika kejadian.

Katanya, pelajar lain yang melalui bangunan terbabit terkejut menemui mangsa dalam kesakitan.

“Pelajar terbabit memaklumka­n kepada guru yang kemudian menghubung­i ambulans untuk bantuan. Mangsa di bawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

“Akibat kejadian itu mangsa patah kaki kiri dan polis masih menjalanka­n siasatan punca sebenar kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309, Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

 ??  ?? GURU dan pelajar melihat mangsa yang terjun daripada tingkat dua bangunan sekolah diberi rawatan kecemasan.
GURU dan pelajar melihat mangsa yang terjun daripada tingkat dua bangunan sekolah diberi rawatan kecemasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia