Harian Metro

Fizo agih makanan percuma

-

Bangi: Kesusahan bergelar pelajar sehingga hanya mampu makan sekali sehari memberi idea kepada pelakon, Fizo Omar, 32, melancarka­n program Sajian Negaraku berkonsepk­an ‘suspended meal’.

Katanya, program berkenaan inisiatif keprihatin­annya membantu mereka yang memerlukan terutama pelajar, gelandanga­n dan golongan miskin.

“Program khidmat komuniti ini juga dapat memberi kesedaran kepada kita untuk hidup secara bersederha­na, selain dapat menyelesai­kan masalah mereka yang terpaksa menahan lapar berikutan tidak cukup perbelanja­an seharian.

“Saya pernah jadi pelajar serta isu tidak cukup duit pernah saya hadapi dan mi segera makanan utama. Ditambah, peningkata­n kos hidup berikutan kenaikan harga barangan yang mendadak kebelakang­an ini juga menjadi faktor,” katanya ketika ditemui selepas pengagihan makanan percuma kepada pelajar di restoranny­a, FizoMawar di sini, semalam.

Sebanyak 100 makanan disediakan mereka yang memerlukan dalam agihan pertama itu hasil sumbangan orang ramai menerusi laman sesawang www.negaraku.com/sajian.

Menurut Fizo, dia menggalakk­an penderma khususnya pemilik restoran untuk menyokong usaha murni itu.

“Sebagai usahawan, saya percaya, lagi banyak kita berkongsi rezeki lagi murah rezeki yang kita dapat. Saya jadikan program ini sebagai platform menggerakk­an konsep menderma dan memberi dalam kalangan usahawan.

“Untuk mereka yang mahu mendapatka­n makanan secara percuma, boleh datang ke restoran kami,” katanya.

 ??  ?? FIZO Omar bersama mahasiswa dan mahasiswi di restoranny­a, semalam.
FIZO Omar bersama mahasiswa dan mahasiswi di restoranny­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia