Harian Metro

Bom lekat di pukat

Nelayan temui bahan letupan di perairan Endau

- Ibrahim Isa ibrahim_isa@hmetro.com.my

Tindakan pantas Timbalan Pengerusi Nelayan Endau menghubung­i polis dan Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) Kuantan, Pahang untuk memaklumka­n penemuan bom di dalam pukat seorang nelayan menyelamat­kan nyawa ramai orang, kelmarin.

MAWILLA 1 dalam kenyataann­ya berkata, pihaknya dengan bantuan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasukan pemusnah Ordnans dan Letupan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memusnahka­n bahan letupan itu dipercayai Mine Disposal

Charge di Sungai Paya Mengkuang, Endau, Mersing, Johor, semalam.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat jam 10.45 pagi kelmarin mengenai seorang nelayan menemui objek di dalam pukat ketika menangkap ikan di perairan Endau sebelum dinasihatk­an menjauhkan diri serta membuat laporan di balai polis berhampira­n.

“Pada masa sama, tiga pegawai dan anggota pasukan Pemusnah Ordnans dan Letupan TLDM serta pegawai MAWILLA 1 dikejarkan ke Jeti Vista, Jalan Datuk Mohd Ali, Endau, Mersing bagi menjalanka­n siasatan.

“Berikutan itu, kerja memusnahka­n bom itu dilakukan jam 11.24 pagi ini (semalam) di Sungai Paya Mengkuang, Endau. Kerjasama erat itu susulan program Rakan Maritim (RAKAM) yang dijalankan bersama ahli persatuan nelayan itu, 19 Jun lalu.

“Ia usaha mengeratka­n hubungan bagi memudahkan nelayan menyalurka­n maklumat kepada kami sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di tengah laut,” katanya.

 ??  ?? BOM yang ditemui nelayan ketika menangkap ikan di perairan Endau.
BOM yang ditemui nelayan ketika menangkap ikan di perairan Endau.
 ??  ?? ANGGOTA Pasukan Pemusnah Ordnans dan Letupan, TLDM memeriksa bom yang ditemui nelayan di Jeti Jalan Datuk Mohd Ali, Endau, Mersing.
ANGGOTA Pasukan Pemusnah Ordnans dan Letupan, TLDM memeriksa bom yang ditemui nelayan di Jeti Jalan Datuk Mohd Ali, Endau, Mersing.
 ??  ?? PASUKAN Unit Pemusnah Bom IPK Johor dan pasukan Pemusnah Ordnans dan Letupan TLDM memusnahka­n bom di Pantai Sungai Paya Mengkuang.
PASUKAN Unit Pemusnah Bom IPK Johor dan pasukan Pemusnah Ordnans dan Letupan TLDM memusnahka­n bom di Pantai Sungai Paya Mengkuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia