Harian Metro

Histeria Tasik Biru

-

 12 individu tidak bawa lampu suluh sukar temui jalan keluar

akibat leka dengan keseronoka­n mengambil gambar pemandanga­n Tasik Biru menyebabka­n hari semakin gelap sekali gus berdepan kesukaran untuk keluar dari lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, jarak antara jalan utama untuk masuk ke kawasan berkenaan adalah sekitar 1.5 kilometer dan kumpulan 12 individu terdiri tujuh wanita dan lima lelaki itu berjaya tiba di kawasan tasik terbabit sebelum menikmati pemandanga­n.

“Pihak

polis kemudian menerima maklumat daripada keluarga mangsa memaklumka­n kumpulan terbabit masih belum keluar dari kawasan itu pada jam 9 malam (kelmarin).

“Hasil tindakan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan bantuan orang awam berjaya membawa mereka turun pada jam 9.45 malam dan semuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Difahamkan, ia kali pertama 12 individu berusia antara 19 hingga 36 tahun itu ke lokasi berkenaan dan hanya bergantung pada lampu telefon bimbit ketika mencari jalan keluar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Azrai Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.30 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kami menerima maklumat terdapat 12 individu sesat di dalam hutan di kawasan berkenaan sebelum operasi yang dijalankan menemui mereka dalam keadaan selamat, tetapi seorang wanita berada keadaan lemah kerana dipercayai diserang histeria,” katanya.

 ??  ?? MANGSA yang cedera diberi bantuan selepas ditemui.
MANGSA yang cedera diberi bantuan selepas ditemui.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia