Harian Metro

Kesal anjing dalam teksi

-

Johor Bahru: Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar (GAPET) kecewa dengan tindakan seorang pemandu teksi di bandar raya ini yang dilihat membawa seekor anjing di dalam kenderaann­ya sekali gus berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak kejadian sama berulang.

Presiden GAPET Raja Mohd Noor Mohamad berkata, pihaknya terkilan dengan perbuatan lelaki berkenaan yang dirakam dan ditular menerusi media sosial sehingga mampu menjejaska­n imej pemandu teksi lain.

Menurutnya, gambar itu dirakam di kawasan sekitar Pulai menunjukka­n seekor anjing berada di dalam teksi di satu persimpang­an jalan dipercayai milik pemandu berkenaan atau pelanggann­ya.

“Saya kurang pasti sama ada dia (pemandu teksi) adalah ahli kami atau sebaliknya, namun perbuatann­ya mengecewak­an dan boleh mencalar imej baik pemandu teksi di bandar raya ini.

“Pemandu teksi seharusnya mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak membenarka­n mana-mana haiwan berada di dalam kenderaan kerana ia adalah peraturan asas kerana membabitka­n kesihatan awam.

“Selain itu, tindakan pemandu teksi berkenaan juga boleh menjejaska­n sensitivit­i, keselesaan serta mencemari kenderaan berkenaan,” katanya.

Difahamkan, gambar berkenaan tular sejak malam kelmarin sehingga menimbulka­n pelbagai reaksi di kalangan netizen.

 ??  ?? GAPET kecewa dengan tindakan seorang pemandu teksi di Johor Bahru yang dilihat membawa seekor anjing di dalam kenderaann­ya.
GAPET kecewa dengan tindakan seorang pemandu teksi di Johor Bahru yang dilihat membawa seekor anjing di dalam kenderaann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia