Harian Metro

Pemandu lori, isteri kritikal

-

Sandakan: Sepasang suami isteri yang dirawat di Hospital Duchess of Kent, di sini, selepas lori mereka yang membawa tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di Kampung Pampang, Batu 10, di sini, dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pemandu lori, Hasim Pilando, 32, melecur sebanyak 20 peratus pada anggota badan manakala isterinya, Ikin, 21, melecur 88 peratus.

“Pasangan berkenaan ditempatka­n di zon merah HDOK,” katanya.

Azhar berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, lori yang membawa muatan tong LPG dipandu Hasim dalam perjalanan dari Kampung Pampang, Batu 10 menuju ke Batu 12, di sini.

“Ketika menaiki bukit, tiba-tiba lori itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung lalu meletup.

“Lori itu turut dinaiki bersama isterinya dan dua kanak-kanak perempuan yang juga anak saudara mereka,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, pemandu dan isterinya parah manakala dua kanak-kanak terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia