Harian Metro

Lanjut tahanan reman 7 hari lagi

-

Melaka: Tempoh reman tiga lelaki dan tiga wanita yang ditahan bersabit penemuan mayat bayi lelaki berusia enam hari dalam perigi di Kampung On Lok, Batang Melaka, Jasin, 23 Julai lalu dilanjutka­n tujuh hari lagi, hingga 6 Ogos.

Perintah berkenaan dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Terdahulu, semua enam suspek berusia 16 hingga 30-an yang lengkap berpakaian lokap tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh jam 10.15 pagi.

Sebelum ini, semua suspek direman tujuh hari bermula 24 Julai lalu dan tempoh reman terhadapny­a tamat hari ini.

Harian Metro 25 Julai lalu melaporkan, enam suspek termasuk ibu bapa bayi malang itu, ditahan polis selepas mayat bayi terbabit ditemui dalam perigi yang terletak di belakang rumah mereka.

Bayi itu dilaporkan hilang ketika tidur di sebelah ibunya, kira-kira jam 6 petang Sabtu, sehari sebelum mayat bayi ditemui.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa ke mahkamah dengan diiringi polis.
TERTUDUH dibawa ke mahkamah dengan diiringi polis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia