Harian Metro

54 beri layanan manja tengah malam buta terkedu

-

Johor Bahru: Seramai 54 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam serbuan serentak di pusat hiburan berasingan, awal pagi semalam.

Dalam serbuan Op Noda membabitka­n enam pegawai dan 26 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor bermula jam 12.30 tengah malam, polis turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang mengaku sebagai pengurus premis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, semua wanita disyaki GRO itu terdiri daripada tujuh warga China, Vietnam (46) dan seorang warga Indonesia berusia antara 19 hingga 40 tahun.

“Polis turut memeriksa 201 lelaki tempatan, 96 wanita tempatan, tiga lelaki warga Jepun, dua wanita Singapura dan lima lelaki warga India berusia antara 18 hingga 60 tahun yang juga pengunjung pusat hiburan berkenaan.

“Pengurus premis yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit kerja sah.

“Sasaran dalam operasi ini ialah pusat hiburan yang disyaki menawarkan perkhidmat­an GRO terdiri daripada wanita warga asing,” katanya.

 ?? Wan Ahmad Najmuddin Mohd ?? ANGGOTA polis memeriksa dokumen perjalanan wanita warga asing yang ditahan dalam Op Noda awal pagi semalam. Sasaran dalam operasi ini ialah pusat hiburan yang disyaki menawarkan perkhidmat­an GRO terdiri daripada wanita warga asing”
Wan Ahmad Najmuddin Mohd ANGGOTA polis memeriksa dokumen perjalanan wanita warga asing yang ditahan dalam Op Noda awal pagi semalam. Sasaran dalam operasi ini ialah pusat hiburan yang disyaki menawarkan perkhidmat­an GRO terdiri daripada wanita warga asing”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia