Harian Metro

‘Lebih baik daripada goyang kaki’

-

Marang: “Saya sudah lali dengan kata-kata memerli saya hanya menjadi pembantu rumah walaupun ada ijazah,” kata Nor Haida Abdu Wahab, 27, peserta Program Pengurus Kediaman atau

(HM) kelolaan Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT).

Dia yang berkelulus­an sarjana muda pengurusan perniagaan ketika ditemui di rumah majikannya di Taman Kalungan Melur, Rhu Rendang, dekat sini, berkata, tidak kisah sekiranya masyarakat memandang rendah hanya kerana pekerjaann­ya sebagai pembantu rumah kerana apa yang penting rezekinya halal.

“Kalau diikutkan mulut orang, memang tidak boleh apa-apa, tetapi mereka tidak tahu apa yang kita hadapi dan sebab itu saya memilih untuk menjadi peserta HM ini.

“Apa yang penting gaji yang diterima itu dapat digunakan untuk perbelanja­an harian kerana saya bukan datang daripada keluarga senang. Saya belajar untuk mendapatka­n ilmu manakala bekerja untuk mendapat pengalaman walaupun ia bidang berbeza.

“Bagi saya, program HM ini adalah peluang terbaik untuk golongan belia termasuk graduan yang menghadapi nasib seperti saya,” kata anak kedua daripada enam beradik ini yang menamatkan pengajian pada 2014 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurutnya, tidak timbul isu menyesal atau malu bekerja sebagai HM kerana apa yang penting adalah mencari rezeki halal.

“Adalah lebih baik saya bekerja daripada hanya duduk goyang kaki di rumah menunggu kerja itu datang apatah lagi dalam zaman yang mencabar ini.

“Saya sebenarnya suka berniaga dan buat masa ini, biarlah saya bekerja sebagai HM dan mengumpul modal sebelum memikirkan langkah seterusnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia