Harian Metro

YPKT sedia cuti tahunan, pinjaman beli motosikal

-

Kuala Terengganu: Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT) menggalakk­an lebih ramai graduan menyertai program Pengurus Kediaman atau

(HM) dalam usaha mengurangk­an penganggur­an dalam kalangan lepasan pusat pengajian tinggi.

Pengarah YPKT Mohd Shafaruddi­n Mustafa berkata, sehingga kini terdapat tujuh graduan iaitu empat memiliki kelulusan diploma manakala tiga lagi memiliki sarjana muda sedang bekerja dalam pelbagai modul termasuk seorang daripadany­a adalah lelaki berusia 33 tahun.

“Penyertaan golongan ini masih rendah dan kami sangat mengalu-alukan penyertaan mereka,” katanya.

Menurut Mohd Shafaruddi­n, YPKT menyasarka­n seramai 200 orang peserta HM di seluruh Terengganu menjelang hujung tahun ini.

Katanya, sehingga kini terdapat seramai 125 HM di seluruh Terengganu yang sedang bekerja dengan majikan masing-masing sejak program berkenaan diperkenal­kan pada Mac 2015.

“Setiap HM ini tidak tinggal bersama majikan dan hanya menjalanka­n kerja menguruska­n rumah dari jam 8 pagi hingga 5 petang, selain hanya bekerja lima hari seminggu,” katanya.

Menurutnya, menerusi program berkenaan ia dirangka dengan majikan hanya perlu membayar RM800 kepada YPKT dan kerajaan pula memberi RM200 subsidi menjadikan gaji diterima setiap HM ialah RM1,000 sebulan termasuk kemudahan lain yang disediakan YPKT seperti cuti tahunan, pinjaman membeli motosikal dan insurans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia