Harian Metro

Bertuah terima ‘jemputan’ awal

-

Kelana Jaya: Bertuah apabila dalam usia muda berpeluang menunaikan ibadat haji. Namun pujian harus diberikan kepada ibu bapa anak muda ini yang mula menabung di akaun anak tunggal mereka itu sejak usia sembilan tahun.

Muhammad Ramdan Awang Senik, 19, merasai pengalaman bergelar haji di usia muda selepas bapa, Awang Senik Adam, 74, dan ibu, Maimunah Manan, 57, gigih menyimpan wang di akaunnya setiap bulan.

Menurutnya, dia teruja kerana dapat menunaikan haji bersama kedua-dua ibu bapanya dan menganggap peluang itu anugerah terindah sepanjang hidupnya.

“Sebahagian besar jemaah berpeluang menjadi tetamu Allah SWT pada usia lanjut namun saya bersyukur diberi peluang menunaikan haji pada usia muda.

“Ini berkat kesedaran ibu dan ayah yang menabung wang di akaun Tabung Haji (TH) sejak berusia sembilan tahun seterusnya mendaftark­an haji sehingga saya diberi peluang sebesar ini,” kata pelajar Kolej Matrikulas­i Pahang itu.

Katanya, sebaik menerima surat tawaran itu, dia terus melakukan sujud syukur selepas dimaklumka­n terpilih menjadi tetamu Allah dan tiada sebarang masalah kesihatan.

Sementara itu Maimunah yang juga guru tadika berkata, setiap bulan dia tidak pernah ketinggala­n memasukkan wang ke akaun TH anak lelakinya itu.

“Saya mahu dia mengikuti kami mengerjaka­n haji bersama, Alhamdulil­lah doa kami dimakbulka­n akhirnya.

“Seperti jemaah lain, kami berharap memperoleh haji mabrur dan dikurniaka­n kesihatan yang baik di sana,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Ramdan bersama ibu bapanya.
MUHAMMAD Ramdan bersama ibu bapanya.
 ?? Muhammad Ramdan ?? Saya bersyukur diberi peluang menunaikan haji pada usia muda”
Muhammad Ramdan Saya bersyukur diberi peluang menunaikan haji pada usia muda”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia