Harian Metro

Bersabar tunggu urusan visa

-

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatk­an kira-kira satu peratus jemaah haji yang menghadapi kelewatan mendapat visa supaya bersabar dan tidak risau kerana masalah itu akan diselesaik­an dalam tempoh terdekat.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH dalam kenyataan semalam berkata, kelewatan pengeluara­n visa disebabkan terdapat permohonan terlalu tinggi dalam sistem terbabit yang terpaksa mengendali jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

Bagaimanap­un katanya, TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasam­a dan memantau pada setiap masa untuk mendapatka­n serta mencetak visa jemaah haji yang terbabit termasuk pada hari cuti hujung minggu.

“TH optimis masalah ini dapat diselesaik­an dalam masa terdekat dan semua jemaah terpilih akan meneruskan perjalanan dan urusan mereka akan dipermudah­kan, insya-Allah.

“Jemaah akan diterbangk­an ke Tanah Suci sebaik saja visa diperoleh. TH turut menyediaka­n tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya kepada jemaah haji yang terbabit, di mana kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak TH,” katanya.

Menurutnya, kelulusan mendapatka­n visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbanga­n, pengangkut­an dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia