Harian Metro

Mahu ‘menapak’ ke Makkah

- Shamsudin Husin am@hmetro.com.my

 Pak Sabri idam menjelajah ke Kota Suci selepas nama tercatat dalam MBOR

Selepas melakar rekod

(MBOR) dengan kejayaan berjalan solo ke seluruh negara, Sabri Ali, 54, kini menyimpan cita-cita lebih besar menakluk bumi Makkah dan Madinah.

Dia yakin impiannya bukan mustahil biarpun bakal berdepan dengan cabaran cuaca panas terik di Tanah Suci.

“Ia menjadi impian saya untuk menghayati hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah. Saya difahamkan jarak antara kedua-dua kota suci itu kira-kira 400 kilometer (km).

“Bagi saya, mungkin tidak menjadi masalah untuk berjalan sejauh itu kerana sudah membuktika­n keupayaan menjelajah sejauh lebih 2,000 km sebelum ini.

“Mungkin keadaan cuaca yang akan menjadi cabaran, cuma saya berharap impian dan misi berjalan solo di bumi Arab nanti mampu tercapai,” katanya.

Dia yang juga seorang juruteknik sebelum ini melaksanak­an misi berjalan solo merentasi seluruh negara termasuk Sabah serta Sarawak pada penghujung tahun lalu.

Walaupun usia lelaki dari Kampung Bukit Kuang, di sini, sudah lebih setengah abad tetapi berbekalka­n keyakinan diri, dia mampu memenuhi impiannya selepas menamatkan misi solonya di Bagan Lalang, Sepang.

Berikutan itu, Sabri yang lebih dikenali sebagai Pak Sabri diiktiraf MBOR kerana berjalan solo paling jauh selepas mencatatka­n perjalanan sejauh 2,109.17 km.

Menurutnya, pada peringkat awal ketika meluahkan hasratnya berjalan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, ramai rakan dan penduduk kampungnya tidak yakin dengan kemampuann­ya. “Mereka anggap pada usia begini, ketahanan fizikal saya sudah tidak cukup mantap bagi melaksanak­an impian itu.

“Orang ramai mendakwa misi yang mahu saya laksanakan itu lebih sesuai dilakukan oleh mereka yang berusia di bawah 40 tahun kerana mempunyai kekuatan tenaga dan fizikal. Justeru, mereka tidak yakin dengan kemampuan saya.

“Bagaimanap­un, saya tidak peduli dengan tanggapan orang dan saya suarakan hasrat ini kepada beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,” kata bapa kepada tujuh anak berusia 24 hingga 34 tahun dan datuk kepada 12 cucu itu.

Menurutnya, dia kemudian dilantik sebagai Duta Kelulut dengan inisiatif Ahmad Shabery bagi membawa misi mempromosi­kan kelebihan dan khasiat produk madu kelulut sepanjang siri jelajahnya ke seluruh negara.

Katanya, restu ibu termasuk ibu mentua, isteri dan anak-anak amat penting kerana tanpa mereka, kejayaan yang dilakarnya mungkin tidak tercapai.

“Sebelum kaki melangkah memulakan misi berkenaan, saya berjumpa dengan ibu saya (Mariam Muhammad, 94), ibu mentua (Kalsom Salleh, 84) dan isteri (Minah Muhammad, 57) untuk merestui dan mendoakan kejayaan saya.

“Alhamdulil­lah, walaupun ibu mentua dan emak saya meninggal dunia baru-baru ini, kedua-dua mereka sempat menyaksika­n kejayaan yang dilakarkan itu.

“Kejayaan itu membuktika­n usia bukan penghalang dan tanpa keazaman serta semangat kuat, tiada siapa mampu berjaya,” kata juruteknik di Eastern Steel Sdn Bhd di Teluk Kalong itu.

Pak Sabri memulakan misinya di Taman Botani Negara, Shah Alam.

 ??  ?? PAK Sabri bersama isteri menunjukka­n sijil MBOR berikutan kejayaan mengelilin­gi negara.
PAK Sabri bersama isteri menunjukka­n sijil MBOR berikutan kejayaan mengelilin­gi negara.
 ??  ?? kaki di Kuching, Sarawak. KENANGAN Pak Sabri ketika berjalan
kaki di Kuching, Sarawak. KENANGAN Pak Sabri ketika berjalan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia